Dakwaan Rafizi diserang siasatan akan dilakukan, kata Presiden PKR

Dakwaan Rafizi diserang siasatan akan dilakukan, kata Presiden PKR
Foto : Youtube.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu siasatan dilakukan ke atas calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang beliau diserang ketika proses pemilihan Cabang Keningau, Sabah pada Sabtu lepas.

“Kami mahu siasatan dilakukan,” kata Timbalan Perdana Menteri itu ringkas ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas menghadiri majlis penutupan Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas semalam.

Pada Sabtu Rafizi Ramli mendakwa diserang di Keningau, Sabah petang tadi.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata seorang lelaki mendekatinya dan memukul kepala ketika meninggalkan pusat pengundian.

“Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

“Malah, kejadian itu berlaku dihadapan semua orang, termasuklah anggota polis. Saya akan membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.

Beliau turut mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira satu jam sebelum ditutup menyebabkan berlaku kekecohan di kalangan ahli parti yang telah menunggu sejak pagi.

COMMENTS