Dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar

Dakwaan salah guna kuasa, penyelewengan SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Annuar Musa.

“SPRM mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Tan Sri Annuar Musa.

“Ingin ditegaskan siasatan SPRM hanya tertumpu kepad isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan bola sepak Kelantan,” ujar kenyataan rasmi SPRM itu.

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman Mara.

Justeru SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memerikan ruaang kepada suruhanjaya itu menjalankan siasatan.

Hari ini Majlis Amanah Rakyat menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung.

Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.

Annuar ketika ini berada di luar negara atas urusan rasmi Mara telah membantalkan jadual kerjanya ekoran dimaklumkan penggantungan jawatannya sebagai pengerusi serta merta hari ini.

COMMENTS

Wordpress (0)