Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dakwaan selewengan dan salahguna kuasa MBPJ masih dalam siasatan SPRM

Dakwaan selewengan dan salahguna kuasa MBPJ masih dalam siasatan SPRM

MALAYSIADATLEINEFebruary 6, 2020 1:15 pm




suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini memaklumkan siasatan membabitkan dakwaan penyelewengan dan salahguna kuasa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih dalam siasatan suruhanjaya itu.

Pengarah SPRM Datuk Alias Salim dalam kenyataan hari ini berkata, SPRM pada 5 Ogos 2019 telah menerima aduan dan sedang disiasat oleh SPRM Selangor.

” Aduan tersebut adalah berkenaan dakwaan terdapat konflik berkepentingan dalam penganugerahan sub kontrak.

“Saya boleh mengesahkan bahawa siasatan tersebut masih sedang dijalankan dan masih lagi diteruskan mengikut prosedur-prosedur siasatan.

“Tidak terdapat apa-apa penangguhan dari pihak SPRM berkenaan kes ini.
“Kami tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat spesifik kerana ia akan memprejudiskan siasatan yang sedang dijalankan.

“Setelah siasatan diselesaikan kami akan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran pada Isnin, yang menggesa SPRM supaya bertindak segera berhubung kes penyelewengan MBPJ.

Menurut wakil rakyat DAP itu, tidak ada sebarang tindakan yang diambil suruhanjaya itu selepas enam bulan pihaknya melaporkan salah laku tersebut.

Rajiv sekadar memberitahu pihaknya juga sudah dua kali menulis surat kepada SPRM bagi mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan salah laku itu.

Sebaliknya, beliau berkata pihaknya hanya menerima surat pemakluman dari SPRM yang menyatakan kes tersebut masih disiasat.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production