Dakwaan terima RM90 juta dari Najib, Hadi serah kepada Pas Pusat

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya ekoran dakwaan Sarawak Report pemimpin Pas menerima RM90 juta dari Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan terima RM90 juta dari Najib, Hadi serah kepada Pas Pusat

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya ekoran dakwaan Sarawak Report (SR) pemimpin Pas menerima RM90 juta dari Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi ketika sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Kuala Terengganu dari Turki petang ini berkata, beliau belum membaca lagi SR.

“Saya tak baca lagi SR. Saya serah pada Pas pusat untuk tindakan lanjut. Saya baru sampai tak boleh beri komen lanjut,” kata Hadi kepada wartawan yang menemui beliau sebaik sahaja sampai di Kuala Terengganu.

Ini adalah pertama kali Abdul Hadi memberikan komen selepas SR membuat dakwaan itu. Beliau berada di Turki ketika dakwaan ini dilaporkan SR.

Sebelum ini, timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden Pas Idris Ahmad menafikan laporan itu dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang.

Tuan Ibrahim mendakwa SR berbohong kononnya pemimpin tertinggi Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak.

“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan Pas dengan Umno terus berlaku,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Idris pula dalam kenyataan berkata, sebelum ini seorang Cina telah memaklumkan kepada beliau tentang pemimpin tertinggi Pas menerima wang dari pemimpin Umno ini.

Namun kata Idris, tidak ada sebarang bukti bertulis ditunjukkan tentang dakwaan ini.

Antara petikan laporan SR itu adalah seperti berikut:

“Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/Umno smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap).

“To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself ‘more holy than thou’ on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party.”

Pas tidak patut menyalahkan saya, kata Clare Rewcastle Brown.Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan “kecurigaan yang meluas”.

Ini selepas Tuan Ibrahim menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam SR, Sabtu lepas.

Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

“Pas tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

“Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

“Mengapa Pas bayangkan sebaliknya?

“Ia adalah apabila Pas tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden ‘King Of Cash’ seperti ramai dalam Pas memberikan amaran.

“Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

“Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul,” dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mungkin didorong oleh sebab agama, mereka telah ‘menyekutukan’ diri mereka dengan ‘pencuri yang dikenali’ .