Dalam hirarki saya pemimpin tertinggi, kata Dr Mahathir

Dalam hirarki saya pemimpin tertinggi, kata Dr Mahathir

“Saya salah seorang pemimpin (Harapan). Sebagai pengerusi, saya mempengerusikan majlis presiden. Jadi dalam hirarki, saya pemimpin tinggi.

“Beliau (Najib) pemimpin tinggi di sana (BN). Saya pemimpin tinggi di sini,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Pada Khamis Pakatan Harapan telah memuktamadkan struktur kepimpinan gabungan parti itu.

Bagaimanapun pimpinan BN mempertikaikan siapakah yang memegang kuasa eksekutif dalam gabungan empat parti itu, apabila secara konsensus melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Dr Mahathir berpandangan jawatan ketua umum, pengerusi dan presiden bermakna gabungan bersetuju mempunyai 3 perdana menteri dan ujarnya, untuk mengelakkan konflik antara pemimpin tertinggi  gabungan itu.

“Perlembagaan negara kita hanya boleh ada seorang perdana menteri.

“Jadi perlu ada seorang pemimpin untuk mengetuai parti masing-masing,” katanya sebagaimana aturan yang sama boleh dilihat dalam Bersatu.

“Dalam PPBM, kita ada pengerusi iaitu saya, dan kita ada presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pernahkah kamu melihat kita bergaduh satu sama lain?” soalnya yang menolak dakwaan bahawa struktur kepimpinan utama Pakatan Harapan itu akan menyebabkan berlakunya perebutan kuasa.

Apabila ditanya media sama ada beliau boleh menerima Anwar sebagai perdana menteri yang mana pernah dianggapnya sebagai seorang pemimpin tidak bermoral?

Dr Mahathir berkata:” Saya berpegang pada kenyataan saya pada masa itu. Pada masa itu ia diselesaikan pada masa itu. Itu jawaban saya. Mungki tahun depan saya berubah fikiran, siapa tahu?” soalnya.

Bagaimanapun beliau menyatakan pendiriannya sedia menyokong bekas timbalan perdana menteri itu, sekiranya rakyat mahu Anwar menjadi perdana menteri kerana ujarnya, dalam arena politik banyak kejutan boleh berlaku.

COMMENTS

Wordpress (0)