Dalam masa 10 minit dah ‘settle’? Ini cara senang nak bersihkan microwave, bau pun hilang!

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya jaranglah nak cuci microwave atau ketuhar mikrogelombang ni bila kerap guna tapi kalau lama-lama biarkan kotoran tak dibersihkan nanti susah nak cuci.

Kadang-kadang bila panaskan lauk mesti ada kuah yang terkena di bahagian sisi, kalau tak dibersih cepat mesti jadi berbau.

Ikuti perkongsian Nurain Natasya mengenai cara mudah cuci microwave, ambil masa 10 minit sahaja dah boleh selesai.

Cara bersihkan microwave dalam masa 10 minit

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Mangkuk kaca
  • Sedikit air
  • 2 biji limau
  • Sedikit sabun pinggan
  • Sedikit cuka

Cara-cara membersih:

hilangkan bau dalam microwave
  1. Campurkan ke semua bahan di atas ke dalam mangkuk kemudian kacau secara sederhana.
  2. Kemudian, masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave.
  3. Setkan masa microwave ke 3 minit kemudian tekan ‘start’.
  4. Apabila selesai, anda boleh nampak wap air di dalamnya. Biarkan wap tersebut kira-kira 2 minit kemudian lap hingga kering.
  5. Keluarkan plate microwave dan lap juga hingga kering.
  6. Siap dan bersih.

Sebagai peringatan anda perlu memastikan suis microwave sudah ditutup terlebih dahulu dan pastikan permukaan sejuk sebelum mula membersihkannya.

Semak juga arahan pengendalian gelombang mikro untuk memastikan keselamatan dan penyelenggaraan yang betul.

Baca juga: Wanita kongsi petua orang lama turunkan kolestrol, tak sangka bahannya bendi sahaja!