Dalam masa 30 minit dah boleh siap! Cuba resipi kurma ayam ekspress ni

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang ibu yang bekerja ni akan sampai ke rumah lambat, tambah bila ada kesesakan lalu lintas.

Mesti risau nak masak apa sebab takut anak lapar, kalau boleh nak makanan yang cepat siap supaya semua tak tunggu lama untuk mula menjamah.

Boleh ikuti resipi yang dikongsikan Halimatun Nasuruddin menerusi Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Ha! Kali ni Kak Akmar nak share resepi kurma ayam ekspress. Kenapa ekspress sebab bahannya simple dan cepat dimasak.

“Jom cuba buat. Dalam 30 minit dah siap masak dah. Bahan bahan pun potong kejap je.”

Resipi kurma ayam ekspress

Bahan bahan:

  • Ayam 1/2 ekor
  • Kentang (potong 4 atau ikut suka)
  • Lobak merah (potong ikut suka)
  • Tomato 3 biji (belah 4)
  • Bawang merah besar (dipotong 6)
  • Bawang merah kecil 3 biji (ditumbuk hancur)
  • Bawang putih 4 ulas (ditumbuk hancur)
  • Halia 1/2 inci (ditumbuk hancur)
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
  • Halba 1 sudu besar
  • Rempah ayam atau daging kurma
  • Santan
  • Garam secukup rasa

Cara cara:

  1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk berserta rempah 4 sekawan dan halba. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Masak hingga pecah minyak.
  3. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan ayam dan biarkan ayam masak sebentar. Masukkan air sedikit supaya ayam boleh masak sekata.
  4. Nampak dah mendidih, kentang dan lobak merah biar masak seketika.
  5. Masukkan santan dan biarkan masak sepenuhnya. Agak agak je kepekatan yang korang mahu.
  6. Masukkan tomato dan garam secukup rasa.
  7. Siap! Boleh dihidang dan ngapp dengan nasi panas.

Baca juga: Ini rupanya resipi ayam goreng dekat gerai, rangup di luar tapi ‘juicy’ di dalam