Malaysia Dateline

Dalam senyap, Pas adakan muktamar ke-66 esok

Dalam kekalutan membahagikan kerusi antara rakan sekutu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Pas pula dalam senyap akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-66 esok bertempat di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (Putik).

Muktamar Pas kali ini diadakan dalam suasana norma baharu dengan mengambil kira pendemik Covid-19 yang masih menular.

Pas menganggap muktamar kali ini mencatat sejarah setelah genapnya setahun usia Muafakat Nasional yang dimeteri pada 14 September tahun lalu.

Dengan norma baharu, Pas menghadkan kehadiran perwakilan pada muktamar itu nanti iaitu hanya 400 perwakilan sahaja.

Perwakilan hanya terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat, wakil-wakil dewan termasuk DHPP dan Yang Dipertua PAS dari setiap kawasan sahaja.

Muktamar Pemuda Pas kali ke-61 sedang belangsung di Putik manakala Muktamar Muslimat diadakan pada 11 dan 12 September di Kuala Lumpur.