Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dana Inspirasiku YaPEIM terima sambutan luar jangkaan

Dana Inspirasiku YaPEIM terima sambutan luar jangkaan

Oleh BERNAMAJanuary 24, 2020 9:01 pm




Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) yang diwujudkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah B40 menerima sambutan di luar jangkaan apabila permohonan diterima melebihi sasaran 40,000 orang.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata borang permohonan bagi pelajar sekolah telah diedarkan di semua 203 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara serta boleh diisi melalui laman sesawang http://www.yapeim.my/ sejak awal Januari dan akan ditutup pada 31 Jan ini.

“Selepas tarikh itu, kita akan proses permohonan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan keputusan akan diumumkan secara berperingkat-peringkat bermula 15 Mac,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Parihah berkata Dana Inspirasiku memperuntukkan sehingga RM500 kepada pelajar sekolah dan sehingga RM1,000 untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai bantuan memulakan pengajian.

Katanya borang permohonan bagi pelajar IPT pula hanya akan diedarkan sebelum proses kemasukan ke semester baru pengajian pada sesi 2020/2021.

Parihah berkata warganegara Malaysia dari kalangan B40 layak untuk memohon Dana Inspirasiku tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Beliau berkata YaPEIM menyasarkan mengutip sebanyak RM40 juta untuk Dana Inspirasiku melalui sumbangan syarikat korporat dan orang ramai, selain YaPEIM turut membuat sumbangan awal sebanyak RM1 juta.

“YaPEIM merupakan sebuah yayasan yang membiayai kewangan sendiri dengan objektif untuk membangunkan sosio ekonomi ummah, jadi selain melalui perniagaan YaPEIM sendiri, kita juga mendapat dana melalui sumbangan orang ramai.

“Untuk Dana Inspirasiku, selain sumbangan daripada masyarakat pihak yang prihatin, kita juga sedang giat mendapatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat dengan kebanyakannya telah bersetuju untuk membantu,” katanya.

Parihah berkata setiap sumbangan yang disalurkan kepada dana berkenaan akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM, selain penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Kecualikan kuarantin kepada yang sudah disuntik vaksin di Singapura

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production