Malaysia Dateline

Dana RM75,526,50 untuk penduduk Dun Batu Kitang

Dana sebanyak RM75,526,50 telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kitang,Sarawak.

Peruntukan berkenaan adalah setakat September 2019.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM27,600 telah diagih kepada persatuan masyarakat, RM38,826,50 diperuntukkan bagi sekolah dan tadika.
Manakala kategori rumah ibadat menerima sebanyak RM7,100 serta untuk program kebajikan dan pendidikan RM2,000.

Menurut Pegawai Khas Parlimen Stampin Abdul Aziz Isa,jumlah itu tidak termasuk dengan sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Landeh berjumlah RM19,000 yang beliau sampaikan ketika menghadiri Majlis Program [email protected] Peringkat Komuniti di sekolah terbabit semalam.

Jelasnya,sumbangan dana kepada penduduk di kawasan lain dalam Parlimen Stampin akan diteruskan sepanjang Oktober ini mengikut permohonan yang telah diluluskan.

Aziz turut mengingatkan agar sumbangan yang diterima itu digunakan dengan sebaik mungkin bagi melaksanakan aktiviti atau program seperti yang dipohon.

“Saya berharap penerima sumbangan dapat menggunakan dana yang diberi itu dengan sebaik-baiknya, “ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis Program [email protected] Peringkat Komuniti di SK Landeh, beliau menasihati pelajar yang akan menjejak kaki ke peringkat sekolah menengah supaya menjaga disiplin diri.

Tambahnya,sebagai seorang pelajar, gunakanlah masa tersebut untuk sedaya-upaya mentelaah ilmu demi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
“Kepada para pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mendapat keputusan yang terbaik dan menjadi pelajar yang paling cemerlang di sekolah anda nanti, ” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Penerangan Daerah Kuching, Magdellina Alfred Jeho dan Guru Besar SK Landeh, Nur Sarah Stephen.