Malaysia Dateline

Dance Monkey ‘lebai’ halal, orang lain haram

Teringat kembali saya satu peristiwa semasa saya menjadi calon AMANAH di N24 dun Beting Maro pada PRN-11 Sarawak.

Kami mengadakan aktiviti bermukun bersama orang kampung tengah pusa di DUN Beting Maro.

Aktiviti bermukum ini adalah acara bertandak atau berjoget dan berpantun dengan paluan gendang.

Aktiviti ini satu-satunya hiburan istimewa bagi penduduk kampung pusa sejak berzaman lagi dan merupakan juga acara budaya dan tradisi masyarakat Melayu Sarawak.

Semasa aktiviti bermukun itulah, kami telah dirakam oleh puak-puak lebai yang ada ketika itu juga kerana berkempen untuk calon mereka di situ.

Aktiviti kami itu ditularkan seantero Malaya kononnya AMANAH ini membawa program maksiat kepada penduduk kampung.

Paling teruk kena tibai Sulaiman Ibrahim aka Leman Raja Lawak dengan saya. Saya masih ingat lagi macam-macam cacian, hinaan dan kecaman Leman dengan saya dapat. Macam-macamlah gelaran yang diberi kepada kami berdua.

Saya ingat peristiwa itu lenyap lepas berakhirnya PRN-11 tetapi tidak. Cerita kami itu diulang-ulang bertahun-tahun lamanya hingga kini dijadikan sebagai modal memburukkan nama AMANAH, saya dan Leman.

Sekarang ini kita lihat, dia pun bergelok sakan berzumba dengan wanita sambil pakai kopiah. Saya dengan Leman dulu sekurang-kurangnya tidaklah berkopiah dan bergelek sakan.

Moral of story: Mengata dulang paku serpih.