Malaysia Dateline

DAP dan Amanah parti yang realistik dan rasional yang lebih menyakinkan rakyat daripada PPBM dan juga PKR

DAP, AMANAH tidak pernah ketepikan Anwar, kata Kit Siang

Ahli Parlimen DAP menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengenepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kesembilan dan memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Katanya, PH tidak boleh dibelenggu dengan masa lalu kerana sekiranya tidak, peristiwa bersejarah pada 9 Mei 2018 yang membawa kepada perubahan pemerintahan secara demokratik, tidak akan lagi berlaku.

“Kita tidak boleh bersifat oportunis dan jangan sesekali mengorbankan prinsip asas kita untuk memperjuangkan reformasi institusi dan perubahan demokratik.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan yang kita telah buat sepanjang 22 bulan pentadbiran PH sekiranya kita berjaya mengembalikan mandat pengundi yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14,” dipetik dari blognya hari ini.

Tegas Kit Siang, melalui peralihan kuasa daripada Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, satu sistem perikatan yang akan membuat keputusan besar mengenai pelantikan Kabinet perlu dipersetujui.

Jelasnya, PH akan berterusan bertindak sebagai gerakan politik untuk menyatukan semua kekuatan politik yang berfikiran sama di negara ini demi menyelamatkan Malaysia melalui pembaharuan institusi dan perubahan demokratik.

Pada 19 Jun lalu, AMANAH dan DAP mengesa PKR kembali kepada keputusan Mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu menerima pilihan kedua menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.