Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan menurunkan separuh calon muka baru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak dalam masa terdekat ini.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, selain itu beberapa penyandang turut dijangka akan mempertahankan kerusi masing-masing.
“Semuanya akan berakhir dalam tempoh 58 hari akan datang dan siapa yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditetapkan.
” Malah, DAP Sarawak juga mempunyai semua calon yang berpotensi. Saya akan gagal dalam tugas jika saya tidak memiliki calon yang berpotensi sekarang,” jelasnya di Sibu semalam.
Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata DAP akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan strategi baharu untuk menangani situasi semasa.
Katanya , Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa pilihan raya tidak membenarkan kempen dan lawatan dari rumah ke rumah.
Ini, katanya telah meletakkan parti pembangkang pada kedudukan yang tidak menguntungkan.
“Tidak lama lagi awak akan tahu tentang itu. Lagipun, semuanya akan berakhir, selewat-lewatnya dalam tempoh 60 hari,” tambah Chong lagi.