Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
DAP berhenti desak pengiktirafan UEC atau keluar dari kerajaan

DAP berhenti desak pengiktirafan UEC atau keluar dari kerajaan

AKMAL MANAFJanuary 30, 2020 10:50 pm




Pas berpendirian supaya DAP berhenti mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) atau keluar daripada kerajaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, cadangan DAP mengiktiraf UEC adalah pengkhianatan besar kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan, bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 dan melebarkan jurang perkauman di Malaysia.

“Pas mendesak parti Cauvinis DAP lebih baik keluar Kerajaan Persekutuan ekoran ugutan pemimpin mereka berhubung cadangan pengiktirafan UEC.

“Ia nyata bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan jelas ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

“Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam lima Pilihan Raya Kecil berturut-turut membuktikan DAP menjadi satu liabiliti besar dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamaruzaman menambah, sistem pendidikan sedia ada diperkenalkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan menyanjungi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi tonggak keharmonian negara.

“Manakala, UEC ditadbir oleh Dong Jiao Zong yang angkuh dengan sikap ekstrem sehingga tidak boleh bertolak ansur dengan modul tulisan Jawi yang hanya tiga muka surat.

“Pasukan Petugas Dasar UEC yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan pula masih gagal mengeluarkan laporan rasmi meskipun tarikh akhir adalah pada Oktober 2019 yang lalu.

“Budaya ugut dalam kalangan DAP bukan suatu yang baharu. Mereka amat terdesak untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina,” ujarnya.

Semalam, Nga Kor Ming mendakwa laporan berita yang memetiknya berkata DAP akan tinggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak mengiktiraf UEC sebagai tidak benar.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menganggap kata-katanya dalam satu temubual itu diambil ‘di luar konteks’ oleh portal Malaysiakini.

Kor Ming berkata, dalam wawancara dengan akhbar Cina, Oriental Daily itu topik utamanya adalah mengenai reformasi Parlimen yang sudah tercapai.

Beliau berkata, laporan berita itu hanya berdasarkan satu ayat sahaja.

Dalam Twitternya pula, Kor Ming menganggap laporan Malaysiakini mengenai temu ramah yang sama ‘sangat mengelirukan’ kerana ia mengambil kenyataannya di luar konteks dengan melaporkan petikan daripada temubual yang panjang oleh Oriental Daily.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production