Malaysia Dateline

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

‘DAP beritahu PAN masuk kubur tuailah hasilnya’ – Nik Abduh

 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menggelarkan Amanah sebagai gembala yang membaja ‘zikir ciptaan DAP’ berhubung sokongan Pas terhadap Umno.

Dilihat berang dengan tanggapan umum bahawa kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas pada masa ini lemah, Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan mempersoal adakah dakwaan yang diajar DAP itu akan diteruskan sehingga ke kubur.

“Mereka kata, kerajaan Kelantan lemah. Saya tanya, mana lemah dengan BN? Mereka jawab, jangan banding dengan BN. Bandingkan dengan Penang.

“Mereka kata, Pas dah sokong Umno. Saya tanya, nak ratib zikir DAP ajar gitu sampai ke kuburkah?

“Pas sokong Umno adalah zikir ciptaan DAP yang dibaja gembala oleh PAN. DAP bagitahu PAN, masuk kubur nanti, kamu tuailah hasilnya,” ujar Nik Abduh lagi.

PAN adalah singkatan yang sering digunakan pemimpin Umno dan Pas bagi merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Kenyataannya yang dipetik dari Facebook beliau itu, bagaimanapun hari ini menyaksikan lebih banyak kecaman pengguna Facebook berbanding reaksi menyokong dakwaannya.