DAP bersedia tapi ROS berlengah urusan pemilihan semula, kata Teresa

DAP bersedia tapi ROS berlengah urusan pemilihan semula, kata Teresa

DAP berkemungkinan terpaksa menangguhkan pemilihan semula kepimpinan parti itu yang dicadangkan pada 10 September berikutan kelambatan Jabaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyelesaiakn beberapa perkara.

teresa kokNaib Presiden Kebangsaan, Teresa Kok berkata, ROS terus berlengah dalam berurusan dengan DAP sedangkan pihaknya telah bersungguh-sungguh mahu mengadakan pemilihan segera.

“Semalam ROS berkata mereka akan hantar surat kepada DAP dalam tempoh sehari dua ini, jadi kita tunggu, kerana kita perlukan masa untuk menghantar surat kepada perwakilan.

“Kita memang mahu adakan pemilihan pada 10 September, tapi kita perlu tunggu surat itu hari ini atau esok,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga berkata, adalah penting bagi ROS untuk hadir dan mengikuti pemilihan semula terbabit.

Julai lalu, Ketua Pengarah ROS Muhammad Razin Abdullah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat kerana tidak mengiktiraf keputusan pemilihan semula yang telah diadakan empat tahun lalu.

{loadposition myposition}

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari sahaja selepas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin menjawab analisis DAP tentang majikannya dengan mengancam bahawa parti tersebut mungkin tidak boleh menggunakan lambang roket ekoran masalah dengan ROS yang belum selesai.

CATEGORIES
TAGS