DAP Kluang temui rakyat kumpul sumbangan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang

DAP Kluang temui rakyat kumpul sumbangan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang

DAP Kluang telah menggerakkan program kutipan sumbangan untuk disalurkan ke Tabung Bencana Taufan dan Banjir yang melanda Pulau Pinang sekarang ini.

Sheikh Omar Ali

Kutipan sumbangan ini merupakan kelangsungan dari tabung yang dilancarkan oleh DAP Pulau Pinang bermula dari 6 hingga 15 November 2017 bertujuan untuk menyalur masuk sumbangan orang ramai kepada mangsa-mangsa bencana itu.

Penolong Setiauaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata,menerusi kutipan sumbangan di peringkat Kluang ini beliau berharap lebih ramai rakyat setempat yang prihatin dapat menyalurkan sumbangan mereka untuk mangsa-mangsa bencana di Pulau Pinang.

“Kami turut sedar, ada juga dikalangan rakyat yang berhasrat untuk menyumbang tenaga tetapi tersekat atas faktor geografi.

“Jarak untuk ke Pulau Pinang bukanlah dekat dari negeri Johor yang terletak jauh di selatan tanah air ini.

“Dengan adanya inisiatif oleh DAP Kluang untuk menggerakkan program kutipan sumbangan, ia dapatlah membuka peluang kepada rakyat disini menyumbang dalam bentuk wang ringgit bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang berada di Pulau Pinang pada saat-saat sukar sebegini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

DAP Kluang juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang amat prihatin dan telah menyalurkan sumbangan.

DAP Kluang turun menemui rakyat di Paloh untuk menngumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dimaklukan sejak tabung bencana taufan dan banjir Pulau Pinang ini digerakkan pada 6 November 2017 lalu sehingga setakat jam 10 pagi hari ini, jumlah sumbangan diterima mencecah RM5,132,320.87!

“Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Ini menjadi bukti bahawa semangat persaudaraan dan kekitaan antara rakyat disaat-saat genting sebegini amatlah padu dan kukuh.

“Tiada apa yang dapat merungkainya baik perbezaan warna kulit, agama, bahasa mahupun budaya.

“Di Paloh Kluang pula, kutipan sumbangan yang kami lakukan selama dua hari iaitu pada semalam dan hari ini di sekitar kawasan pekan Paloh berjumlah RM4070 keseluruhannya. Terima kasih warga Paloh,” ujarnya.

Program kutipan sumbangan di Kluang ini akan diteruskan sehingga 15 November 2017.

DAP Kluang akan terus bergerak ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai untuk menemui seramai mungkin rakyat yang bermurah hati menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana di Pulau Pinang.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS