DAP mahu kerajaan tubuh ‘RCI mini’ siasat skandal AS$1juta Mat Taib

Lim Lip Eng

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal beg berisi wang bernilai AS$1juta melibatkan bekas menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Menurut Lim lagi, ‘RCI mini’ itu bertujuan untuk menyiasat sumber dana itu serta sama ada cukai yang dibayarnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkadaran dengan wang yang dibawa ke Brisbane.

“Ruang lingkup ‘RCI mini’ ini wajar menyiasat sumber dana itu, tujuannya serta sama ada cukai yang dibayarnya kepada LHDN pada tahun 90’an berkadaran dengan wang yang diangkut ke Brisbane.

“Juga kenapa BPR (Badan Pencegahan Rasuah)menghentikan siasatan serta kemahirannya berbahasa Inggeris pada tahun 1996, kerana beliau mendakwa tidak faham bahasa Inggeris justeru tidak faham undang-undang Australia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib ditahan di lapangan terbang Brisbane pada Disember 1996 kerana membawa bersamanya matawang Singapura, New Zealand dan Ringgit Malaysia bernilai AS$1juta.

Berdasarkan kadar tukaran ketika itu beliau dibebaskan pihak berkuasa Australia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri waktu itu telah berkata bahawa beliau tidak tahu dari mana Mat Taib mendapatkan wang tersebut.

Pada waktu itu juga, Mat Taib turut disiasat olehBPR  yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan beg berisi wang itu. Beliau bagaimana pun tidak pernah didakwa oleh BPR dan SPRM.

Dengan nada sindiran Lim berkata, “seorang katak politik yang melompat dari satu parti ke parti yang lain,” ujarny lagi, Muhammad Taib menunjukkan yang beliau tidak setia kepada mana-mana perjuangan, bahkan sebenarnya mencari alat untuk dipergunakan demi kepentingan diri sendiri.

“Melihat bagaimana pemimpin Umno menyambutnya bagai sirih pulang ke gagang menunjukkan bagaimana orang seperti ini memang selayaknya duduk bersama.

“Benar bukan, hanya pencuri yang mengenal penyamun?” kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan ini lagi.