DAP mahu terus bersama Mahathir

DAP mahu terus bersama Mahathir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

DAP tidak akan mengorbankan peluang meluaskan pengaruh politiknya dalam kalangan penyokong BN, hanya kerana kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa membahayakan pembangkang.

Setiausaha Publisitinya, Tony Pua menegaskan, kebimbangan Anwar itu tidak semestinya berasas sekiranya peluang pembangkang untuk meluaskan pengaruhnya lebih besar daripada risikonya.

“Walaupun ia tidak sedap didengar, namun adakah ia salah? Bila kita perlu berkembang dan masuk ke pasaran BN, perkara ini bukan sesuatu yang buruk.

“Kita (DAP) akan terus kerjasama dengan Tun M,” katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen, semalam seperti dipetik Sinar Harian Online.

Tony berkata, kebimbangan itu adalah reaksi normal kerana ramai yang mencurigai usaha negarawan itu untuk mereformasi institusi negara dan kepimpinan perdana menteri.

“(Keadaan) itu sama seperti Anwar ketika menyertai pembangkang beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, tanpa kerjasama Mahathir, pembangkang tidak berpeluang untuk berhubung dengan orang-orang penting dalam BN.

TAGS