Malaysia Dateline

DAP pecat Ronnie Loh, Adun Sabah yang dilantik

Jawatankuasa Disiplin DAP mengumumkan pemecatan Ronnie Loh Ee Eng, Adun yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Sabah dari parti itu berkuatkjuasa serta merta.

Ini berikutan tindakannya menyokong Perikatan Nasional dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP. Chong Chieng Jen.

“Pemecatan ini berkuatkuasa serta merta. Dia juga dengan ini dipecat dari semua jawatan yang dipegangnya dalam parti,” kata Ahli Parlimen Stampin, Sarawak itu dalam kenyataannya.

Jawatankuasa Disiplin juga menasihatkan semua ahli parti itu agar jangan mengaitkan diri mereka dengan pengkhianat parti, katanya.