DAP Perak lapor polis gesa siasatan segera bekas KPN

DAP Perak lapor polis gesa siasatan segera bekas KPN

Dap Negeri Perak mengambil tindakan drastik dengan membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Ketua Biro Publisiti DAP Negeri Perak, Chong Zhemin (gambar di tengah) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kelmarin.

Menurut Chong lagi, laporan tersebut menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid dengan segera membabitkan kesahihan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh sebuah laman web berita baru-baru ini.

Malah katanya, dengan laporan yang dibuat adalah diharapkan siasatan dapat dilakukan bukan saja terhadap Khalid tetapi juga pihak yang melanggar undang-undang.

“Laporan polis yang dibuat meminta pihak polis supaya menyiasat dengan segera Khalid yang dipercayai menyekat dakwaan membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Kita juga mahu pihak polis menyiasat kesahihan draf kertas pendakwaan yang telah diterbitkan dalam sebuah laman web selain punca sebenar pemecatan Peguam Negara iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail.

“Laporan ini turut menjadi ujian kepada Ketua Polis Negara kini, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi menjalankan siasatan dengan adil membabitkan kedua-dua tokoh tersebut, ” tegasnya.

Sebelum ini Mohamad Fuzi turut menzahirkan kertas siasatan terhadap Khalid akan dibuka seandainya terdapat laporan polis.

Maka itu ujarnya, dengan laporan yang dibuat oleh Dap Negeri Perak pada kali ini, ia membuka ruang bagi siasatan dilaksanakan dengan segera.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS