DAP Perak minta Pas terima tawaran, Pas di K Kangsar, Amanah di Sg Besar

DAP Perak minta Pas terima tawaran, Pas di K Kangsar, Amanah di Sg Besar

DAP Perak meminta PAS agar menerima tawaran dari Pakatan Harapan negeri Perak agar bertanding di Kuala Kangsar dan memberikan laluan agar Amanah bertanding Sungai Besar dalam pilihan raya kecil nanti.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

DAP Perak meminta PAS agar menerima tawaran dari Pakatan Harapan negeri Perak agar bertanding di Kuala Kangsar dan memberikan laluan agar Amanah bertanding Sungai Besar dalam pilihan raya kecil nanti.

Ketuanya, Nga Kor Ming berkata, cadangan ini bertujuan untuk mempastikan agar pertandingan satu lawan satu dengan Umno akan berlaku di kedua-dua kerusi yang akan berlangsung 18 Jun ini.

“Pas perlu rasional dan tidak degil bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Jika Pas serius dalam usahanya untuk mengalahkan Umno, Pas patut mempertimbangkan tawaran ini dengan hati terbuka dan bukannya dengan berbangga diri dengan memberitahu orang lain agar mengukur baju di badan sendiri,” kata Nga dalam kenyataan itu hari ini.

Kedua-dua kerusi itu sebelum ini ditandingi oleh Pas melawan Umno. Namun dengan pecahnya Pakatan Rakyat dan Pas tidak lagi menyertai Pakatan Harapan, Amanah kini menggantikan Pas dalam pakatan baru itu.

Semua parti pembangkang kini berhasrat meletakkan calon masing-masing.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beranggapan ini adalah kerusi tradisi Pas dan meminta parti pembangkang lain memberikan laluan kepadanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Majlis Syura Ulama Pas sudah mengesahkan dua calon Pas untuk di letakkan dalam pilihan raya kecil itu.

TAGS