DAP persoalkan harta bekas pengarah DBKL tidak disita kerana salah guna kuasa

DAP persoalkan harta bekas pengarah DBKL tidak disita kerana salah guna kuasa

 

Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM8,000 kepada bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali  semalam, adalah tidak munasabah bagi seorang yang berjawatan tinggi, kata pimpinan DAP.

Tiga Ahli Parlimen dari DAP  dalam sidang media diadakan di bangunan Parlimen, hari ini, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak konsisten dalam menangkap dan mendakwa pegawai berjawatan tinggi di agensi kerajaan akan memberi tanggapan buruk terhadapa usaha suruhanjaya itu dalam membasmi rasuah dan salahguna kuasa.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su Keong Siong.

Menurut Lim Lip Eng (gambar di tengah), dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu telah memberikan mesej yang salah kepada semua agensi kerajaan bahawa mereka akan dikenakan denda yang ringan walaupun melakukan rasuah atau salahguna kuasa dengan nilaian RM2juta.

“Datuk Seri hanya dijatuhi hukuman lapan bulan penjara dengan denda dikenakan RM80,000 sahaja sedangkan beliau mempunyai lapan buah kondo bernilai RM2juta.

“Ini memberikan mesej yang salah kepada agensi lain jka mereka mahu mencari keuntungan sendiri tetapi jika ditangkap SPRM dan disabitkan di mahkamah hukuman hanya beberapa bulan dan bila keluar akan dapat semula harta dimiliki,” ujarnya.

Bagi Fong Kui Lun (kiri) beliau berpendapat sewajarnya keputusan mahkamah adalah membekukan aset Syed Afendi Ali.

“Mengapa lapan kondo itu tidak dirampas? Ini kerana Pengarah DBKL ini melakukan kesalan yang berat sewajarnya dengan hukuman yang berat di mana hartanya boleh dibekukan dan diserahkan kepada kerajaan.

“Adakah SPRM hanya menutup mata dalam kes salah guna kuasa seperti ini? Adakah kerana beliau seorang pegawai berkedudukan tinggi yang memperoleh lapan buah kondo untuk kepentingan peribadi itu tidak boleh dirampas

“Dengan keputusan Mahkamah Sesyen ini menunjukkan rakyat tidak lagi berkeyakinan dengan SPRM berbanding kes yang mengaitkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang,” ujarnya.

Manakala Thomas Su Keong Siong  (kanan) pula berkata, sewajarnya hukuman yang sepatutnya untuk Syed Afendy Ali adalah 10 kali ganda denda.

“Sepatutnya jika disabit kesalahan dendanya 10 kali iaitu jumlahnya RM20 juta bukan RM80,000.

“Jelas SPRM tidak konsisten dalam tindakan mereka menangani isu rasuah dan salahguna kuasa pegawai kerajaan dan agensi kerajaan di negara ini,” ujarnya.

Semalam Hakim Allaudeen Ismail telah memutuskan menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM80,000 kepada bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL Datuk Seri Syrd Afendy Ali Syed Abid Ali kerana didapati bersalah atas lapan pertuduhan.

Beliau didapati bersalah mengunakan kedudukannya bagi mendapatkan lapan unit kondominium kesemuanya bernilai RM2juta, lima tahun lalu.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksananaan kedua-dua hukuman penjara dan denda tersebut sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut melepaskan dan membebaskan Syed Afendy Ali daripada sembilan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Rama dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 melibatkan RM1.5juta.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0