Mesyuarat DAP pertahan Lim Guan Eng, kecam penyerang beliau

Mesyuarat DAP pertahan Lim Guan Eng, kecam penyerang beliau

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam tadi memutuskan untuk mengutuk tindakan menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan mempertahankan Setiausaha Agung DAP itu.

“Selepas mempertimbangkan segala fakta, bukti dan penjelasan yang dibentangkan, CEC mengutuk serangan ke atas Lim Guan Eng bahawa dia mendapat manafaat dari tindakan rasuah dalam penjualan 1.2 ekar tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual secara tender terbuka kepada pembida tertinggi pada tahun 2010 untuk membina hospital,” kata pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataannya.

“CEC memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Sdr Lim Guan Eng dan akan penuh yakin dengan intergriti dan kemampuan beliau untuk terus memimpin DAP,” kata Tan.

Guan Eng kini dalam siasatan SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran daripada pembeli asal.

Difahamkan, harga banglo itu mengikut harga pasaran semasa seharusnya ialah RM6.5 juta, tetapi dibeli oleh Guan Eng hanya dengan harga RM2.8 juta.

Pemilik asal banglo berkenaan, Phang Li Koon dikatakan mempunyai kaitan dengan urusan jual beli tanah di Taman Manggis, George Town yang membabitkan Kerajaan Pulau Pinang.

Skandal pembelian banglo Guan Eng timbul selepas didedahkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dalam Dewan Rakyat sehingga mencetuskan kemarahan pembangkang.

 

TAGS