Malaysia Dateline

DAP Sarawak tangguh konvensyen

Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak memutuskan untuk menanggguh konvensyen parti itu pada 1 Mei ini ke tarikh yang akan ditentukan kelak.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata , Konvensyen DAP Sarawak tiga tahun sepatutnya diadakan pada 1 Mei ini adalah bagi memilih Jawatankuasa Negeri yang baharu.

Katanya, dengan penangguhan itu semua pemberitahuan kepada perwakilan dan cabang telah dikeluarkan mengikut Perlembagaan Parti.

“Untuk mengurangkan perjalanan antara daerah, kami telah memutuskan bagi mengadakan konvensyen secara serentak melalui zoom di enam lokasi berbeza, iaitu, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Kapit dan Sarikei.

“Namun, berikutan kes Covid-19 di negeri ini yang semakin naik, Jawatankuasa Nadional telah mengadakan pertemuan ‘zoom’ semalam dan memutuskan menangguhkan konvensyen ke tarikh yang akan diputuskan dengan mempertimbangkan perkembangan situasi kes dalam beberapa minggu ke depan,” ujar beliau.

Justeru, Chong memohon maaf kepada para perwakilan yang telah membuat persedian bagi menghadiri konvensyen itu atas penangguhan tersebut.

“Yang penting dalam pertimbangan kami adalah keselamatan untuk kita semua,” jelas Chong lagi.