Malaysia Dateline

DAP Sarawak tangguh program hingga 18 Oktober

DAP Sarawak telah menangguhkan semua aktiviti politik bermula 9 Oktober lalu sehingga 18 Oktober ini.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, penangguhan itu adalah disebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang memerlukan perkhidmatan dan mempunyai aduan boleh datang atau menghubungi Pusat Khidmati dan wakil DAP secara langsung atau melalui telefon pada bila-bila masa.

“Pusat Khidmat kami akan tetap dibuka pada waktu pejabat seperti biasa dan wakil rakyat kami dan pembantu mereka akan terus memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Kami berharap usaha kecil ini akan dapat membantu meringankan lekukan dan meringankan beban kakitangan perubatan dan barisan hadapan dalam usaha mereka melawan wabak Covid -19 ketika ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Chong turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan di atas pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi krisis ini dengan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan bagi menggelak jangkitan Covid-19 semakin serius di kalangan kita,” ujar beliau lagi.