DAP sokong penuh usaha Sarawak tuntut hak dan kuasa

DAP sokong penuh usaha Sarawak tuntut hak dan kuasa

DAP menyokong penuh seruan dan usaha rakyat Sarawak menuntut supaya hak dan kuasa mereka dikembalikan dan dipulihkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“DAP akan sentiasa bersama adik kakak kita di Sarawak dengan memberikan sokongan penuh ke atas perjuangan mereka menuntut hak dan kuasa yang semakin terhakis sejak beberapa tahun ini.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang turut membantu jika diperlukan.”

Demikian kata Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng sewaktu berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAPSY di ibu pejabat DAP Di Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.

Kata Guan Eng, prinsip asas bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan adalah lebih penting daripada mendapatkan kelebihan serta partisan politik.

“BN telah menukar karekter dan identiti Perlembagaan Persekutuan berkali-kali sehinggakan ia menjadi berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan 1957 yang melahirkan negara ini.

“Adalah penting kita mengambil semula Perlembagaan Persekutuan kita, bukan sahaja untuk diberikan kepada Sarawak, tetapi kepada semua rakyat supaya hak dan kuasa kita kedua-duanya mempunyai makna dan isi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Katanya lagi, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun baru-baru ini mendakwa bahawa fasa pertama perbincangannya dengan Putrajaya berhubung soal kuasa, telah dilaksanakan manakala fasa kedua yang membabitkan hak-hak dalam Perlembagaan Persekutuan, beliau akan mendapatkannya semula setelah sekian lama terhakis.

“Sebelum bercakap mengenai fasa kedua, terpulanglah kepada Abang Johari untuk meyakinkan rakyat Sarawak bahawa fasa pertama telah pun dilaksanakan seperti yang beliau dakwa,” kata Guan Eng.

3.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 0.0
CATEGORIES
TAGS