DAP tunggu persetujuan RoS adakan pemilihan semula Oktober

DAP tunggu persetujuan RoS adakan pemilihan semula Oktober

DAP sedang menunggu persetujuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selepas parti berkenaan menetapkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 1 Oktober depan, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

“DAP hantar senarai nama calon dan penetapan tarikh pemilihan semula CEC kepada ROS seperti diminta.

“Setelah terima jawapan balas daripada ROS, DAP barulah adakan perancangan seterusnya,” katanya kepada China Press seperti yang disiarkan Sinar Harian Online.

Menurut Anthony, senarai nama calon yang diserah kepada RoS berdasarkan pemilihan 2012.

“Bagaimanapun, lebih 10 calon dikeluarkan daripada senarai tersebut kerana ada meninggalkan parti dan meninggal dunia,” katanya.

Pada awal bulan lalu, RoS meminta DAP supaya adakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ini kerana ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu, hasil pemilihan semula pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

CATEGORIES
TAGS