DAP tunjuk belang namakan calon menteri kabinet, kata Najib

DAP tunjuk belang namakan calon menteri kabinet, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata DAP sudah menunjukkan belangnya dengan mengumumkan dua anggota parti itu sebagai calon menteri Kabinet.

Najib menerusi laman Twitter semalam mempersoalkan pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukanlah calon Perdana Menteri dipilih pakatan pembangkang.

Calon Perdana Menteri pakatan pembangkang adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kuasa mutlak bagi menentukan calon menteri Kabinet terletak pada Perdana Menteri.

“Jelas parti mana yang sebenarnya pegang kuasa dalam Pakatan Harapan, yang lain tu pak turut saja,” kata Najib.

Baru-baru ini, Lim mengumumkan Pengerusi DAP, Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP, Johor Liew Chin Tong sebagai calon menteri Kabinet jika masing-masing menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor.

CATEGORIES