Dari anugerah penyapu ke kalung Datuk Bandar KL

Dari anugerah penyapu ke kalung Datuk Bandar KL

Penerima anugerah penyapu oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pada Disember 2007 dahulu, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan kini dikalungkan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke 12.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur disempurnakan oleh Menteri Wilayah Khalid Samad di Menara DBKL hari ini.

Nor Hisham menerima anugerah penyapu ketika beliau beberapa bulan bertugas sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor kerana pencapaian rendah kutipan cukai Daerah Hulu Selangor pada tahun 2006 (bawah 40% kutipan), sebelum beliau menjadi Pegawai Daerah di situ.

“Saya mula bertugas sebagai Pegawai Daerah pada September 2007 dan menerima anugerah itu pada Disember 2007 untuk pencapaian 2006.

“Walaupun bukan saya yang bertanggungjawab semasa pencapaian tidak baik itu, namun sebagai ketua, saya kena terima anugerah itu. Bersama-sama dengan saya untuk menerima ‘penyapu’ itu ialah Yang Dipertua MDHS ketika itu Tukiman Nail,” kata Nor Hisham penuh emosi apabila ditanya wartawan tentang cerita anugerah penyapu itu.

Penganugerahan penyapu kepada pegawai kerajaan dikecam oleh pelbagai pihak dan setahun selepas itu, pada tahun 2008, kerajaan BN Selangor pimpinan Khir Toyo tumbang dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Nor Hisham penuh emosi menceritakan tragedi 2007 apabila beliau dianugerahkan penyapu oleh Khir Toyo.

Anugerah penyapu dianggap satu penghinaan kepada pegawai kerajaan dan menjadi modal politik sehingga menjadi sebab kejatuhan Khir Toyo.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengambilalih sebagai MB dari Pakatan Rakyat dan pada tahun 2009 beliau juga meneruskan tradisi memberikan anugerah cemerlang itu tetapi tidak lagi menganugerahkan penyapu.

“Kami berjaya buktikan sebaliknya pada tahun 2009, saya sekali lagi menerima anugerah pencapaian terbaik apabila kutipan kami 92% dan menerima anugerah RM100,000 dari menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim,” cerita Nor Hisham menceritakan apakah cerita sebenar di sebalik anugerah penyapu itu.

Nor Hisham mula bertugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur 1 Oktober semalam dan menerima penyerahan tugas dari Datuk Bandar sebelum ini hari ini.

Perlantikan beliau dibuat oleh Yang Dipertuan Agung selepas mendapat cadangan dari Menteri Wilayah dan dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

SEJARAH PERKHIDMATAN

Nor Hisham menandatangani surat penyerahan tugas dari Tan Sri Mohamad Amin dengan disaksikan Khalid dan Shaharudin.

Nor Hisham memegang jawatan Yang Dipetua Majlis Perbandaran Subang Jaya sehingga 2016 dan bersara wajib. Namun ekoran kecemerlangan dalam tugasnya, beliau disambung ke jawatan itu sehinggalah tahun 2018.

Beliau mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Pernah berkhidmat dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) (1980-1981); Jabatan Perkhidmatan Awam (1981-1989); Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pejabat Tanah Daerah Gombak) (1989-1993) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (1993-1995).

Perkhidmatan beliau kemudian diteruskan di Kementerian Kesejahteraan Bandar (1995-2004); Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Jabatan Perumahan Negara); Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia (2004-2006) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (2006-2007),

Anak kelahiran Gombak yang juga Alumni Sarjana Universiti Liverpool John Moores, UK ini kemudian memegang jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (2007-2012), Pejabat Tanah Daerah Gombak (2012-2015) dan terakhir sebagai YDP di MPSJ.

Sepanjang beliau berkhidmat, MPSJ pernah menerima Anugerah Green World Ambassador 2015, Pensijilan MS ISO IEC 27001:2013, Smart City Innovative Applications Award, Green Era Award, Pensijilan MS ISO 9001:2015, Malaysian Institute Of Planners (MIP) Recognition Award 2016 dan Winner For Low Carbon City Award Category 2016.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS