Malaysia Dateline

Dari awal sampai habis debat, Azeez asyik minta RCI

Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim terus menerus menyebut tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menurutnya, perlu ditubuhkan untuk menyiasat semua isu berhubung dengan Tabung Haji.

Biarpun debat ‘Berani Semuka’ yang dianjurkan Sinar Harian hari ini untuk merungkai segala tuduhan berkait Tabung Haji, Abdul Azeez terus mematikan suasana dengan desakan berulang kali agar RCI ditubuhkan untuk membuktikan siapa yang benar.

Beliau turut membangkitkan di mana janji Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan RCI Tabung Haji.

“Kerajaan PH dalam menifesto kata nak buat RCI. Tapi 22 bulan mereka tak dibuat. Hari ini semua suruh Muhyiddin buat. Kita doakan Muhyiddin buat RCI.

“RCI akan nyatakan segalanya. Sama ada PH benar atau BN yang benar,” katanya tadi.

Beliau juga berkata, apabila RCI ditubuhkan, maka tiada sebarang masalah akan timbul kelak dan perdebatan seperti itu juga tidak perlu dilakukan.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bagaimanapun menempelak, sekiranya PH mendahulukan RCI bebanding cuba menyelamatkan Tabung Haji, maka kedudukan kewangan TH dan para pendeposit berada di dalam keadaan yang tidak selamat.

Bahkan soalnya, apakah ‘term of reference’ yang mahu digunapakai oleh Perikatan Nasional untuk menubuhkan RCI sedangkan semua fakta berhubung kedudukN TH telah didedahkan dan tiada satu yang disembunyikan.