Malaysia Dateline

Dari kayak kembung ke lori hantu untuk bantu mangsa banjir

Pelbagai cara digunakan oleh AMANAH Shah Alam dan ahli Parlimen mereka untuk membantu rakyat kawasan itu yang sedang terkena musibah banjir sekarang ini.

Khalid menghantar makanan menggunakan kayak kembung.

Semalam Khalid Samad mula menggunakan kayak kembung atau ‘inflatable’ kayak untuk membawa makanan ke tempat mangsa, malam tadi mereka menggunakan lori hantu pula untuk membawa bantuan.

Pasukan Skuad Prihatin Shah Alam di atas lori hantu menuju ke rumah mangsa banjire selepas kenderaan biasa tidak lagi boleh memasukinya.

“Malam ni gunakan ‘lori hantu’ untuk merentasi jalan yang ditenggelami air yang agak tinggi.

“Ramai nya yang lapar. Ada yang hampir dua hari tak makan. Anak2 kecil lagi lah.

“Semoga mereka kuat dan sabar dengan dugaan ini,” kata jurucakap Pusat Peduli Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam.

Pelbagai jenis barangan untuk mangsa dibawa menggunakan lori hantu.

Mereka membawa pelbagai jenis bantuan dari makanan bermasak hingga kepada air mineral, diapers dan susu untuk bayi dan juga makanan kering dan juga telur.