Dari kerabat diraja kepada rakyat marhaen, Azrinaz Mazhar antara 5 selebriti ditarik gelaran selepas bercerai

Oleh KIM SYAZIE

Terdapat beberapa ‘insan’ bertuah yang menjadi pilihan kerabat diraja untuk dijadikan pasangan hidup namun bukan semua hubungan bertahan sehingga ke penghujungnya.

Ada yang kekal dan tidak kurang juga yang kecundang kerana penceraian atas masalah peribadi masing-masing.

Menurut sesetengah adat, bagi mereka yang bercerai mati masih lagi dianggap sebahagian daripada kerabat.

Berikut merupakan senarai lima selebriti yang kini tidak lagi bergelar kerabat atau orang istana.

Mazuin Hamzah & Pengiran Muda Sufri Bolkiah

Pada tahun 1987, bekas ahli kumpulan Quinnary M iaitu Mazuin Hamzah pernah mengejutkan ramai apabila dia dilamar Putera Diraja paling kaya di dunia, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Majlis perkahwinan pasangan ini menjadi bualan ramai bertahun lamanya. Memetik Hangat.com, difahamkan, pada tahun 2003 pasangan ini telah bercerai dan Mazuin kini dikenali sebagai Dayang Hajah Mazuin Hamzah.

Datuk Seri Maria Menado & Almarhum Sultan Abu Bakar

Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kasih mereka tetap berpanjangan sehinggalah kemangkatan baginda Sultan.

Pada 1978, Maria bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof. Pada Oktober 2017, Maria menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri.

Manohara & Tengku Fakhry

Mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009, bintang terkenal dari Indonesia, Manohara disahkan bercerai dengan adinda Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

Manohara memohon cerai setelah mengaku dicederakan oleh Tengku Fakhry selain terdapat pelbagai faktor dan masalah sepanjang bergelar suami isteri.

Namun ada yang mengatakan ia hanya berita palsu dan sehingga kini masih belum ada yang mengesahkan kesahihannya.

Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Hassanal Bolkiah

Kisah perkahwinan ini menggemparkan negara apabila Sultan Brunei berkenan untuk menjadikan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebagai isteri pada 2005 dan mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Namun, Azrinaz telah diceraikan pada 2010 dan gelaran diraja itu turut ditarik. Perkahwinan selama 5 tahun itu dikurniakan dua orang cahaya mata.

Amelia Thripura Henderson & Tunku Datuk Harrunnarrassheed Putra

Nama pelakon ini menjadi bualan ramai apabila muncul menerusi drama popular bersama Aedy Ashraf yang disiarkan di televisyen.

Rupanya, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada Ogos 2015, dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

Namun, pelakon kacukan India-Scotland itu mengumumkan perpisahan dengan bekas suaminya, pada tahun 2018 dan enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing.

Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Baca juga: “Suami aku kerja offshore, aku mula rasa bosan dan ‘download’ aplikasi dating, mulalah episod aku curang”