Dari Thailand, Bali ke China Jho Low lari?

 

Individu yang terkait dengan siasatan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low terus menyembunyikan diri dan dipercayai lari ke China.

Sumber memberitahu akhbar yang berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP), Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kini berada di China selepas melarikan diri dari Macau menggunakan kereta atau pesawat peribadi.

Bagaimanapun, SCMP tidak dapat memastikan lokasi sebenar individu yang didakwa Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) menyelewengkan dana 1MDB termasuk membeli hartanah dan kapal layar mewah bernilai AS$250 juta itu.

Emel daripada pihak berkuasa Macau tiga hari lalu juga memaklumkan Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya tidak diketahui.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membawa pulang Jho Low, 37, bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun percaya Jho Low menggunakan pasport lain bagi memudahkannya bergerak dari satu negara ke satu negara lain walaupun pasport antarabangsanya sudah dibatalkan Jabatan Imigresen Malaysia.

Bulan lalu, Jho Low yang pernah berparti dengan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Paris Hilton dikesan berada di Hong Kong dan PDRM menghantar pegawai ke sana untuk menahannya.

Namun, usaha itu gagal apabila anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan sudah meninggalkan Hong Kong sebelum ke Macau dengan menaiki feri.

Hubungan strategik

Dalam hal berkaitan, Najib Razak dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, 27 Jun lalu memberitahu Jho Low mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan beberapa kerabat diraja di Asia Barat yang dianggap mungkin memberi faedah kepada Malaysia.

“Jelas dia (Jho Low) ada hubungan istimewa dengan kepimpinan (raja Arab Saudi) Raja Abdullah dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE.

Najib dedah tentang Jho Low sudah mempunyai pengaruh sebelum beliau menjadi PM.

“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya,” katanya ketika ditanya mengapa Jho Low diberi peranan penting dalam 1MDB.

Bahkan, Najib mendedahkan sebelum beliau menjadi perdana menteri dan sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.

“Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB.

“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungannya dengan Asia Barat,” kata Najib lagi.

 

Ke mana Jho Low mahu lari?

Disember 2017 – Jho Low dikesan berada di sekitar kawasan perairan Thailand dengan kapal mewah The Equanimity.

28 Februari 2018 – Kapal mewah Jho Low dirampas di perairan Bali, Indonesia oleh pihak berkuasa Ameerika Syarikat dan Indonesia.

17 April 2018 – Mahkamah Indonesia memerintahkan tindakan menyita kapal Jho Low tidak sah.

4 Julai 2018 – Polis Hong Kong memaklumkan PDRM bahawa Jho Low berada di sebuah pangsapuri mewah di Hongkong.

5 Julai 2018 – Jho Low dipercayai melarikan diri dari Hong Kong ke Macau dengan menaiki feri.

8 Julai 2018 – Jho Low dipercayai keluar dari Macau dari lari ke lokasi strategik di China sama ada menaiki kereta atau pesawat peribadi.

 

6.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 3.0