Malaysia Dateline

Apa itu darurat menurut agama Islam

1. Masa belajar syariah dahulu, saya paling minat subjek yang diberi nama القواعد الققهية atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Islamic legal maxim.

2. Ya, best subjek ni walaupun kami kena pulun hafal banyak kaedah fiqhiyyah tu. Ya, panas kepala menghafal. Kitab utama rujukan adalah kitab karangan Imam Suyuti رحمه الله berjudul الاشباه والنظاءر.

3. Ringkasnya, ada satu kaedah dari lima kaedah yang dikira besar dan utama iaitu kaedah yang berbunyi المشقة تجلب التيسير -” kesukaran membawa/menjadi sebab kepada kemudahan/keringanan” (maaf, terjemahan bebas)

4. Dari kaedah tersebut, timbullah kaedah tentang darurat yang berbunyi الضرورات تبيح المحظورات -“darurat mengharuskan perkara yang dilarang (haram) asalnya”.

Contoh klasik yang paling masyhur adalah boleh makan makanan yang tidak halal seperti makan daging babi jika darurat. Atau boleh minum arak jika dalam keadaan terlalu dahaga yang memudaratkan dan tiada minuman halal pada masa itu.

5. Bagaimanapun, kaedah itu pula tertakluk kepada syarat/kaedah lain juga iaitu الضرورات تقدر بقدرها..”darurat itu berkadar/ala kadar je @ “darurat itu hanya sekadar yang perlu sahaja”.

Contohnya, walau hangpa boleh makan daging babi misalnya, hangpa hanya boleh makan sekadar perlu je bagi nak selamatkan nyawa. Tak bolehlah melampau.

Misalnya, mentang- mentanglah darurat hangpa boleh makan daging babi, hangpa tak bolehlah makan daging babi tu macam hangpa makan ayam KFC hingga tersandar di dinding, sendawa dan jilat jari !!!

Jika macam tu, ia bukan dikira darurat lagi. Itu dah dikira hangpa dah tahap mentakedarah ikut hawa nafsu serakah! Itu sudah libih beb!

P/S Jika tak sampai ke tahap darurat tapi kata juga darurat bagi nak buat benda tak halal, itu maaf, hangpa kena tanya ostad atau mufti apa hukumnya?

والله اعلم