Malaysia Dateline

Darurat nak gantung Parlimen, kenapa pula nak adakan sidang Parlimen

Maaf, jebon yang tak pakar nak jawab hujah pakar perlembagaan.

1. Saya membaca “in toto” (keseluruhan) ulasan pakar perlembagaan ini mengenai darurat seperti yang dilapor media.

2. Bila saya baca, saya dapati ulasan atau lebih tepat hujah beliau menyokong darurat ini, dengan hormat, agak lemah, “incoherent” dan adakalanya, seperti tok loyar selalu kata, “was a non-sequitor“. Orang kampung kata hujah yang keluar rail/landasan.

3. Kata pakar bagi mengekalkan proses semak imbang (check and balance) tak salah Gomen Tebuk Atap adakan juga sidang Parlimen sepanjang tempoh darurat.

4. Ya, Parlimen adalah badan yang paling baik untuk berperanan sebagai penyemak dan pengimbang. Tapi itu semua semasa dalam keadaan normal, bukan masa darurat, wahai saudara pakar.

Dalam keadaan normal, orang Islam tak boleh makan babi. Tapi, bila darurat, hukum berubah! Ginilah, cuba saudara pakar pertimbangkan perkara-perkara berikut:-

– Adakah saudara sedar “the very idea” Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT ini mahukan sangat sangat, melalui perisytiharan darurat ini, adalah “menidakkan” sama sekali peranan dan fungsi Parlimen yang dimainkan melalui ajen sah Parlimen itu iaitu para ahli Parlimen seramai 222 orang tersebut?

– Adakah saudara juga sedar bahawa tema utama darurat adalah bagi “menggantung” fungsi Parlimen, di mana kuasa legislatif itu kini dipindahkan kepada atau diambil alih oleh pihak eksekutif?

Jika Parlimen boleh fungsi macam biasa, buat apa depa kalut nak buat darurat khususnya ketika kedudukan Gomen Tebuk Atap macam pihak yang begitu genting macam orang yang sedang lemas?

4. Sebab itu hujah saudara pakar bahawa tak salah adakan sidang Parlimen masa darurat itu, maaf kata, “was a non sequitor” (keluar rail).

Maaf, ia macam orang berhujah tak salah perompak bank, lepas depa rompak bank, depa pergi pula buat laporan polis untuk menunjukkan sifat ketelusan perompak!

والله اعلم.