Dasar Bersama Pakatan Harapan sudah dirangka

Dasar Bersama Pakatan Harapan sudah dirangka

Pakatan Harapan hari ini mengumumkan gabungan itu kini mempunyai kerangka Dasar Bersama Pakatan Harapan untuk menetapkan matlamat, tujuan dan asas dasar gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dimaklumkan kerangka dasar bersama gabungan itu adalah hasil daripada rundingan rasmi dan tidak rasmi dilakukan dalam beberapa pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan (stake holder) membabitkan masyarakat,institusi, golongan profesional, akademia, parti politik,golongan pekerja dan lain-lain pihak yang boleh membantu merangka dasar Pakatan Harapan.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan telah mempunyai kerangka dasar bersama Pakatan Harapan.

“Rangka kerja  Pakatan Harapan  mencadangkan falsafah, matlamat, tujuan dan kandungan asas apa yang dipanggil sebagai dasar bersama Pakatana Harapan.

“Kami akan secara rasmi berunding dengan semua ‘stake holder’ antaranya think tank, profesional, akademia dan sebagainya.

“Sebelum ini sudah ada beberapa siri perundingan tetapi tidak dilakukan secara formal. Kita menerima banyak input daripada pelbagai pihak yang tidak bersedia untuk dasar pakatan harapan tetapi sebagai parti inklusif kita ambil pandangan mereka,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Setiausaha gabungan itu di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, Pakatan Harapan turut mengambil beberapa pandangan dan kajian politik dan beberapa NGO.

“Bahkan kita telah menghubungi beberapa pihak untuk adakan konsultasi secara tertutup pelbagai bentuk. Apa yang penting matlamat kami untuk mendapatkan input untuk menjadikan tawaran Pakatan Harapan benar-benar inklusif daripada semua stakeholder,” ujarnya.

Difahamkan juga Pakatan Harapan hari ini mengadakan mesyuarat pertama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang akan bermesyuarat setiap minggu secara bergilir-gilir di ibu pejabat parti gabungan.

Hari ini diadakan mesyuarat bagi pasukan media dan jawatankuasa manifesto Pakatan Harapan.

Turut hadir semua barisan jawatankuasa Majlis Sekretariat Pakatan Harapan.

COMMENTS

Wordpress (0)