“Dasar biawak hidup tak sedar diri, sudahlah semua aku tanggung, boleh pula dia cop aku gila harta”

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang untuk mencari pasangan memahami atau yang sanggup hidup susah senang bersama.

Bila dah putus mulalah nak keluarkan kata-kata untuk menyakitkan bekas pasangan walaupun sedar salah terletak pada diri sendiri.

Seorang wanita berkongsi bagaimana dirinya sudah terbiasa bersama pasangan toksik hingga dia tersentuh apabila ada lelaki lain menghargainya.

“Aku perempuan. Aku pernah juga terbela biawak hidup. Menyusahkan aku nak menanggung makan minum dia, baju dia, seluar dia.

Aku pun pernah kena pukul. Aku balik makan makan dengan kawan tempat kerja. Cuma masa tu dah banyak hari aku tak contact dengan jantan keparat tu.

Tiba-tiba malam tu dia cari aku. Cari-cari tak ada pulak. Beranginlah kawan. Orang yang pernah melalui je akan faham perasaan aku.

Maksud aku, aku stay dengan dia even dia tak ada kerja. Lama pula tu stay. Sebabnya dia dah lama dengan kita, kita rasa tak lengkap hari kita tanpa dia.

Dia dah jadi macam sebati dalam hidup. Walaupun dia tidak menyenangkan, tapi tetap rasa sayang.

Bukan sekali dua putus, banyak kali tau. Akhirnya aku tetap akan cari dia, pujuk dia, minta maaf dengan dia. Walaupun bukan salah aku pun benda tu..

Rasa bodoh. Sebab stay dengan orang macamtu. Orang yang sembang kencang, sayangkan aku. Cintakan aku. Tapi effort nak halalkan aku takda.

Tak pernah dia teringin nak bangun awal pagi, kerja, keluarkan keringat cari rezeki. Macam lelaki sejati buat.

Sumpah, betul dia cakap. Macam taugeh tak cukup air. Hidup segan mati tak mahu.

Mana taknya. Bangun masa hari dah petang. Orang semua tidur dia tak tidur lagi, main game. Selama bertahun tahun. Kau rasa?

Perempuan ni, bukan hadap pun nak laki kerja bagus sangat. Asal ada kerja. Asal nampak bertanggungjawab.

Itu pun dah cukup untuk bina kepercayaan kami untuk berkongsi hidup. Bila aku suruh dia minta kerja ke apa, haa mula lah. Tarik muka. Tak bercakap, berhari hari. Bergaduh.

Mak ayah dia pun jenis manjakan dia. Nak kata dia orang senang sangat pun tak juga. Sederhana gitu.

Nak dibandingkan dengan aku. Aku ni walaupun anak bongsu tapi aku terbiasa hidup berdikari. Aku nak apa, semua yang aku ada, semua aku usahakan sendiri.

Nak cerita pasal kenangan, memang banyak kenangan aku dengan dia. Pahit dan manis selama bertahun tahun.

Dulu masa mula mula aku tinggal dia, aku selalu menangis tiba tiba. Sebab aku tak sampai hati. Aku risaukan dia.

Tapi, sampai bila aku nak terperangkap dalam kenangan tu? Sampai bila aku nak sandarkan hubungan kami pada kenangan saja. Masa depan apa cerita?

Masa muda memang seronok bercinta. Usung sana usung sini. Tapi kita kena fikir masa depan kita juga..

Lelaki jenis macamtu jadi macamtu sebab dia selesa. Perempuan manjakan dia. Mak ayah manjakan dia. Dia nak apa semua dapat. Tak perlu usaha apa apa.

Dia selesa menerima, daripada memberi. Satu cara untuk sedarkan dia, tinggalkan dia. Itu yang aku lakukan.

Satu malam tu, dia pukul aku. Sebelum dia pukul tu, kami memang gaduh dah, dekat dua minggu tak text apa.

Kebetulan aku pun ada kawan baru. Baru sangat. Tak boleh nak conclude apa-apa masa tu. Just friend.

Mungkin dia pernah nampak aku lunch dengan mamat tu, atau pun kawan dia pernah bagitau dia aku ada pakwe baru ke apa kan. Aku tak tau.

Tahu tahu aku balik malam tu aku kena lempang. Haha. Dia maki aku. Dia cakap kita putus, jangan cari dia blablabla.

Seriously besok pagi tu adalah kali pertama aku bangun dan rasa bahagia. Aku rasa bebas sebebas bebasnya.

Aku rasa tak sedih langsung walaupun muka aku lebam sikit. Aku rasa gembira sangat. Kali pertama bila kami break dan aku tak rasa menyesal langsung.

Aku tak terasa nak minta maaf, nak pujuk dia. Jauh sekali nak ajak getback. No.

Perempuan. Dear perempuan. Kaum sejenis aku. Apart from this, aku nak korang semua start from now. Believe in yourself.

Letak diri korang di tempat yang tinggi. Bukan tempat rendah, kalau tak nanti orang mudah pijak kau.

Percaya diri kau. Percaya yang kau cantik, kau baik. Kau layak dapat teman hidup yang baik juga. Yang hati dia semurni dan seikhlas hati kau.

Jangan minta maaf untuk benda yang kau tak salah. Jangan terlalu lembut hati untuk lelaki sampah yang manja tapi tak guna.

Kau kena fikir masa depan kau. Hidup kau bukan setakat nak berdating siang malam je. Hidup kau jauh lagi. Kau kena fikir kau akan berkahwin, ada anak.

Kau nak travel. Anak nak sekolah. Kau kena fikir semua tu. Luaskan kuasamu wanita. Jangan tunduk dan hambakan hati kau kepada jantan keparat.

Jumpa lelaki lebih baik

Lepas aku putus dengan dia, aku still kawan dengan mamat sorang lagi tu, nama dia Jai (bukan nama sebenar).

Sebulan lepas itu dia ajak aku temu janji. Dia ajak aku keluar hujung minggu tu, jemput aku di rumah. Aku tak pernah tahu dia ada kereta apa. Biasa jumpa, dia temankan aku makan naik motor je.

Haritu dia bawak kereta. Dia ada Triton. Kawan dekat setahun. Bekas kekasih meroyan teruk tengok aku ada pengganti dia.

Easily gantikan tempat dia dalam hidup aku. Without no regrets, no turning back. Not at all. Dia cakap aku gila harta. Gilakan kekayaan. Aku telan semua tu..

Dia tak sedar agaknya perempuan gila harta ni yang bersama dia si penganggur tak guna selama bertahun tahun. Lelaki tetap taknak mengaku dia salah instead of blaming us.

Aku akui, bila kita dah lama dengan ex kita tu, bukanlah benda mudah nak buka hati untuk orang lain.

Dah puas menangis dan disakiti. Penat, penat nak mulakan something new dengan orang baru. Serius penat.

Aku mulakan kisah baru dengan Jai. Jai kerja gomen. Jai handsome. Jai kelakar. Aku rasa tak yakin, layak ke aku untuk Jai.

Aku rasa malu sebab bila kami keluar, Jai pakai kemas kemas. Dengan ex sebelum ni yang keparat tu, dia serabai. Dia kuat isap rkok. Dia tak pernah bayarkan bila kami makan.

Sebab tu bila aku first time makan dengan Jai, dia bayarkan. Aku rasa lain sangat. Aku rasa dihargai. Benda yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Yela balik balik aku je yang keluar duit.

Jai temankan aku pergi mall. Dengan ex aku dulu, bila aku masuk carlorino ke, padini ke, nike ke adidas ke. Dia pilih untuk tunggu di luar.

Dengan Jai, Jai temankan aku, suggestkan aku yang mana lawa.

First time dia bayarkan handbag aku, harga rm400 lebih. For me harga tu sangat mahal. Aku nak bayar sendiri sebenarnya. Tiba tiba Jai hulurkan kad dia.

For the first time aku rasa nak menangis sebab tak pernah ada orang belanja aku barang semahal tu. Banyak kali aku nak bagi dia duit untuk handbag tu. Jai tolak.

Jai selalu kongsi dengan aku hobi dia. Hobi dia memburu dalam hutan. Haa yang ni aku tak setuju.

Sebab dia suka tembak kijang dengan kawan kawan dia. Dia ada pajero besor bapak dekat rumah buat masuk hutan bila cuti.

Walaupun aku tak suka hobi dia tu, tapi aku suka dengar cerita dia. Cerita dia selalunya lawak. Aku suka.

Aku suka sebab Jai jenis yang tak boleh duduk diam. Dia sangat active. Bangun awal pagi, balik kerja jogging. Malam main badminton. Hari cuti masuk hutan.

Dia tak macam ex aku yang layu tu. Suka tidur. Suka main phone. Kuat isap rkok. Nak keluar bersukan memang taklah.

Raya, Jai datang rumah aku berkenalan dengan mak ayah aku. Lepastu dia bawa aku ke rumah dia.

Aku terpegun bila aku salam mak dia, mak dia peluk aku. Pegang tangan aku. Berbual ramah dengan aku.

Spontan aku terkenang aku ke rumah ex aku dan mak dia buat aku macam aku tak wujud. Aku duduk sendirian makan kuih batang buruk sambil minum air teh.

Tak ada sambutan dan pelawaan. Mak ayah aku lega jumpa Jai, sebab Jai pandai ambil hati mereka.

Dalam tak sedar aku mula bandingkan antara Jai dengan ex aku. Aku rasa betul sangatlah keputusan aku tinggalkan dia.

Dalam susah aku nak buka pintu hati aku pada orang baru, aku tak sedar juga bila aku mula sayangkan Jai dan selesa dengan dia.

End up Jai masuk meminang dan kami menikah awal tahun ini. Rasa lain. Perasaan bila berkahwin ni lain. Aku pindah masuk rumah Jai. Jai pun rasa lain.

Biasa atas meja dia ada sikat, pomade dengan perfume. Tiba tiba ada barang make up atas meja dia.

Biasa sidai baju ada uniform kerja, t shirt, seluar dia je. Tiba tiba ada shawl, ada bawal chiffon bersidai depan rumah dia.

Biasa balik kerja sunyi. Tiba tiba balik ada keropok lekor panas atas meja makan.

Jai selalu cakap macamtu dan tergelak sendirian dia. Dia pun tak sangka dia dah kahwin, agaknya.

Aku cuba faham hidup Jai. Rumah dia memang banyak barang untuk masuk hutan. Walaupun aku tak minat sangat tapi aku cuba kemaskan barang dia. Aku cantikkan rumah dia.

Dia akan ikut apa aku nak, contohnya aku suruh dia pasang kayu untuk masukkan langsir yang pakai lubang tu. Dia turut je. Aku nak bilik warna soft, dia ikut.

Aku cuba bayangkan kalau aku kahwin dengan ex aku, dia tak kerja. Mana nak datang duit nak beli barang untuk deco rumah ni semua?

I learn kahwin ni bukan setakat kongsi tempat tidur saja. Tapi kita kongsi segalanya. Hati dan perasaan juga.

Bulan ni dah tiga bulan aku mengandung. Aku mabuk teruk. Sampai tak pergi kerja seminggu.

Nasib baiklah Jai boleh diharap untuk kemas rumah, sidai baju, masak. Aku pernah terjaga tengah malam sebab pening.

Aku mual nak muntah, aku tak sempat nak turun dari katil terus membuak muntah aku.

Jai terjaga dan bersihkan aku. Dia dudukkan aku dekat sofa, bersihkan tempat tidur kami. Aku tak sedar bila air mata aku menitis di pipi.

Rasa bersalah sebab besok dia kena bangun awal pergi kerja. Aku susahkan dia. Banyak kali aku minta maaf. Dia cakap takpa.

Selebihnya aku rasa bersyukur untuk semua kebahagiaan yang aku miliki sekarang. Betul kan. Kalau hati kita baik, insyaAllah Allah akan datangkan orang yang baik untuk kita.

Apa pun kita nak, pertama sekali sucikan hati kita dulu. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dia tak uji kalau kita mampu..

Wanita. Tinggalkan apa yang menyakiti kita. Kita berhak bahagia dan dapat yang terbaik. Harga kita ni priceless sayang. Kita berharga.

Mak ayah kita lahirkan kita besarkan kita bukan untuk dikecewakan oleh jantan tak guna. Bukan untuk disakiti. Kita kena bijak buat pilihan.

Jantan keparat, berubahlah. Perempuan bila dah tawar hati jaga jagalah.

Dia takkan pusing belakang lagi untuk pandang kau. Dia anggap kau dah mati. Dia anggap kau tak pernah kenal dia.”

Baca juga: “Aku bercerai sebab isteri mulut puaka, tapi suami baru cakap dialah wanita paling lembut, rupanya aku”