Dasar Maritim Negara pelengkap DKKA

Pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengenai Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) yang berupaya mempertahahankan kepentinga nasional merangkumi konsep holistik keselamatan negara dari aspek kepolisian dan ketenteraan.

Seperti dijelaskan Perdana Menteri yang dipetik daripada laporan Bernama (3 Oktober 2019), ia akan menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman, makmur dan dihormati di persada dunia.

Beliau berkata dasar itu juga akan menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu serta berupaya mempertahankan kepentingan nasional.

Ketika melancarkan DKKA itu, Dr Mahathir berkata dasar itu juga akan melengkapi Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang merupakan satu dasar payung dalam aspek keselamatan negara.

Sehubungan itu bagi melengkapkan DKKA, Malaysia haruslah juga mempunyai satu konsepsi yang menyeluruh bagi dalam hal kelautan juga. Malaysia tidak pernah negara kita sebagai negara martim seperti rakan kita Indonesia dan Filipina padahal kita juga dikelilingi laut.

Amerika Syarikat (AS) kuasa besar memandang dirinya sebagai negara maritime sehingga menamakan tentera sebagai marin.

Oleh itu kita memerlukan suatu dasar maritim negara bagi melengkap DKKA yang jelaskan oleh Dr Mahathir.

Masanya pun amat tepat kerana Kementerian Pertahanan dijangka akan membentangkan kertas putih yang menggariskan pelan pembangunan keupayaan terkini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sidang Parlimen, pada Oktober ini selepas pembentangan bajet.

Ia secocok dengan DKKA yang disebutkan Dr Mahathir.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata dokumen itu dirangka dengan mengambil kira aspek jangka pendek dan panjang dasar pertahanan negara, sekali gus memberi fahaman secara menyeluruh kepada rakyat.

“Semua garis panduan pertahanan dan cabaran yang dilalui kementerian sepanjang tahun ini juga akan dimasukkan ke dalam pembentangan kertas putih itu.

“Macam penduduk di Semporna, Tawau dan Lahad Datu (Sabah), mereka faham betapa pentingnya aspek keselamatan, mereka sebelum ini terpaksa berdepan dengan insiden ancaman pihak luar dan dipaksa perintah berkurung.

Sehubungan itu adalah diharapkan dalam kertas putih ini juga dimasukkan kepentingan Malaysia sebuah negara maritim dengan merumuskan dasar maritim negara daripada aspek pertahanan, keselamatan dan geopolitik.

Kenyataan Mohamad Sabu menyentuh aspek keselamatan di kawasan Sabah menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara maritim amat diperlukan.

Sehubungan itu Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata Malaysia perlu mengembangkan potensi kedudukan geografi sebagai negara maritim yang memiliki pengaruh strategi di dunia, kata “Adakah kita hanya melihat diri kita sebagai negara kecil atau sebagai negara yang memiliki potensi berkembang daripada keadaan sekarang?

“Adakah kita melihat diri kita (Malaysia) sebagai Semenanjung sahaja, dan Sabah dan Sarawak – sempit, melihat kepentingan wilayah semata – atau kita melihat diri kita (Malaysia) sebagai negara maritim?,” Soalnya pada wawancara akhbar New Straits Times .

Jelas menteri itu, kedudukan geografi Malaysia amat unik untuk membentuk pengaruh yang dinamik di rantau ini.

“Kita (Malaysia) mempunyai dua tanah besar (landmasses) luas di satu sisi, kita mempunyai Selat Melaka, salah satu selat paling penting di dunia dalam tembualnya dengan NST (9.09.2019).

Dari aspek ini Malaysia adalah sebuah negara yang dikelilingi oleh laut; dari Selat Melaka, Laut China Selatan sehingga ke sebahagian Laut Sulu merupakan kawasan kedaulatan negara yang strategik dari segi geopolitik dan geo-ekonominya.

Semasa berucap pada Persidangan Maritim Kebangsaan pada March lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menyedari keperluan mewujudkan rejim tadbir urus laut bagi Malaysia.

Beliau berkata perlu ada dasar yang menyeluruh merangkumi semua aspek maritim seperti keselamatan, ekonomi dan alam sekitar.

“Jika kita terus menguruskan laut secara segmen, seperti sekarang, pertindihan bidang kuasa dan konflik kepentingan antara sektor tidak akan dapat diselesaikan,” katanya dalam ucaptama pada majlis yang dianjurkan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Perdana Menteri berkata pendekatan yang diselaraskan dengan baik diperlukan untuk mengatasi cabaran yang berkaitan dengan aktiviti penguatkuasaan yang hanya berkesan dengan kemampuan Intelligence, Surveillance dan Reconnaissance (ISR).

“Selain daripada ancaman biasa seperti pertikaian sempadan maritim, keselamatan maritim kami juga terdedah kepada ancaman bukan trandisional seperti penyeludupan haram melibatkan barangan dan manusia, penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal (IUU), lanun, keganasan, ancaman ekosistem marin seperti perubahan iklim dan pemanasan global, pencemaran daripada aktiviti perkapalan dan pencemaran darat,” katanya.

Sebagai warga negara kebanyakan kita hanya sekadar tahu mengenai laut tetapi tidak mengetahui betapa pentingnya menjadi sebuah negara maritim.

Mungkin dari aspek pertahanan kita hanya beranggapan bahawa tentera darat atau pertahanan darat jauh penting dari laut. Ini bersandarkan kepada Perang Dunia Kedua dan perjuangan kita menentang Parti Komunis Malaya (PKM)

Selain dairpada satu dasar maritim negara, kita memerlukan konsep dan pemahaman yang baik dan benar dalam penyampaian kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara maritim.

Saya tidak akan menulis kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara maritim dari aspek sejarah kerana saya rasa itu sudah banyak ditulis dan dibicarakan.

Saya hanya menumpukan aspek Malaysia menjadi negara maritim, bukan hanya negara kelautan. Hujahnya negara maritim adalah negara yang mempunyai sifat memanfaatkan potensi laut untuk kemakmuran negaranya, sedangkan negara kelautan lebih menunjukkan keadaan fisikal iaitu negara yang berhubungan tertumpu kepada aspek lautnya sahaja.

Kalau kita telaah lebih dalam, secara luas, kata kelautan mungkin lebih cenderung memberikan maksud laut sebagai wadah, iaitu sebagai hamparan air masin yang sangat luas dan menutupi permukaan bumi, hanya melihat laut secara fisikal dengan segala kekayaan alam yang terkandung di dalamnya.

Dengan demikian, istilah maritim sesungguhnya lebih komprehensif iaitu tidak hanya melihat laut secara fisikal, wadah dan isi saja, tetapi juga mencakupi laut dalam konteks geopolitik, terutama dengan keberadaan Malaysia yang terletak pada kedudukan di tengah, merupakan paksi atau axis merupakan wilayah laut yang sangat penting bagi perdagangan dunia.

Pengertian ini sesuai yang membawa maksud maritim sebagai hal yang berkenaan dengan laut serta berhubungan dengan pelayaran dan perdagangan di laut.

Masalahnya, pengertian maritim yang selama ini diketahui oleh masyarakat umum adalah merujuk pada kegiatan di laut yang berhubungan dengan pelayaran dan perdagangan, sehingga kegiatan di laut yang menyangkut eksplorasi, eksploitasi atau penangkapan ikan bukan merupakan kegiatan mariitm.

Dalam pengertian lain istilah maritim menjadi sempit ruang lingkupnya kerana ia berkaitan dengan pelayaran dan perdagangan laut sedangkan pengertian maritim adalah bahagian dari kegiatan di laut yang menjurus kepada pelayaran, pengangkutan laut, perdagangan, navigasi, keselamatan pelayaran, kapal, pencemaran laut, pelancongan laut, penangkapan ikan laut dalam, penangkapan ikan secara haram, pelabuhanan baik nasional mahupun antarabangsa, industri maritim, termasuk kegiatan eksplorasi dan eksploitasi.

Adalah jelas bahawa pada masa lalu kebanyakan dari kita hanya memandang laut dalam pengertian terbatas iaitu laut secara fisikal dengan segala isinya, hanya memanfaatkan laut dari sumber alamnya sahaja seperti ikan, terumbu karang, dan sumber galian serta kekayaan laut lainnya.

Amat sedih itu sahaja pemahaman kita mengenai laut yang begitu sempit.

Untuk mewujudkan kemaritiman, kita sedar dan berfikir dengan lebih strategis memandang laut dari sisi wadah, isi serta kedudukan geografinya di samping menerapkan strategi geopolitik yang tepat, yang dimulai dengan perkara paling sederhana, iaitu memahami dan menggunakan konsep maritim, bukan kelautan.

Dengan begitu kita dapat mememanfaatkan laut sebagai media pemersatu negara, laut sebagai media perhubungan, laut sebagai media sumber alam, laut sebagai media pertahanan dan keamanan, serta laut sebagai media diplomasi.

Laut bukanlah halangan, hambatan apalagi pemisah antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sebagai negara maritim dengan ruang lingkup yang luas kepada bagaimana China, negara naga yang telah memanfaatkan laut sebagai medan dan media penguasaan.

Persaingan menguasai Laut China Selatan antara China dan AS merupakan cabaran besar bagi Malaysia sebagai sebuah negara maritim di samping Indonesia dan Filipina yang sudah beranggapan mereka sebagai sebuah negara maritim dengan kekuatan tentera laut yang strategik.

Malaysia harus mengorak langkah menyediakan kelengkapan persenjataan angkatan laut yang diperkuatkan industri 5.0 dengan kecerdasan buatan yang akan mentransformasi data raya pada segala sendi kelautan serta the Internet of Things menjadi suatu kearifan baharu bagi kemanusiaan dalam ranah yang berdaya daing dari kemaritimannya.

Seperti dijelasnkan Dr Mahathir DKKA amat diperlukan di waktu negara berhadapan dengan ancaman keselamatan yang begitu kompleks dan sukar ditangani dengan cara-cara konvensional.

*Penulis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)