Dasar Perumahan Mampu Milik Negara tidak bela penjawat awam miliki rumah, kata Cuepacs

Dasar Perumahan Mampu Milik Negara tidak bela penjawat awam miliki rumah, kata Cuepacs

Keputusan kerajaan menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) dilihat tidak menjamiun pemilikan rumah buat husus untuk penjawat awam di negara ini,

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepack) Datuk Azih Muda berkata, ketika kerajaan mengubal dasar itu.  Cuepacs  mendapati  ianya tidak menjamin pemilikan rumah penjawat awam yang terpaksa bersaing dengan pekerja swasta dan orang perseorangan untuk membeli sebuah rumah.

“Ketika DRMM dibuat, Cuepacs tidak dipanggil berbincang sama ada setiausaha atau kementerian sendiri sebagai pemegang taruh, berbanding kerajaan lalu yang turut memanggil kami. Mungkin mereka lupa.

“Saya akan mengutuskan surat dalam dua ke tiga hari ini kepada Menteri, Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan pandangan penuh, kriteria yang digunakan kerajaan sehingga penjawat awam terpaksa berkongsi.

“Harga yang diletakkan sebagai mampu milik RM300,000 juga tinggi, sewajarnya lingkungan RM80,000 hingga RM150,000,” katanya dalam sidang media  khas Cuepacs Bersama Media  di Kuala Lumpur  hari ini.

Sebelum ini, Zuraida mengumumkan bahawa tiada lagi pembinaan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam supaya golongan itu dapat berinteraksi dengan orang lain.

Sebaliknya, keistimewaan itu akan turut dibuka kepada golongan berpendapatan rendah (B40) daripada pelbagai sektor yang layak.

Dalam pada itu, Azih berkata, memandangkan gaji penjawat awam rendah, seharusnya rumah mampu milik dibuat selaras dan tidak melebih gaji yang mereka ada.

“Terus terang kami cakap, setiap kali cabutan perumahan yang dibina untuk penjawat awam dibuat, hanya 10 peratus sahaja yang berjaya.

“Selebihnya (90 %) perlu bersaing dengan golongan swasta yang kebanyakannya mampu. Sekurang-kurangnya dasar yang ada ini dapat menjamin penjawat awam dalam pemilikan rumah,” katanya.