Datang Parlimen 26 Julai untuk dengar ‘Doraemon’ bercakap, kata Salahuddin

Oleh NASUHA RAHMAN

Datuk Seri Salahuddin Ayub membayangkan Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Parlimen pada 26 Julai ini untuk mendengar ‘Doraemon’ bercakap.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu beliau telah menerima surat aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun sebelum itu, Salahuddin telah bersiap sedia untuk berbahas sebaik sahaja sidang parlimen bersidang dengan membawa isu dan masalah rakyat.

“Saya telah bersiap untuk berbahas membawa isu dan masalah rakyat dalam sidang parlimen 26 Julai ini sepertimana yang dititah oleh YDP Agong.

“Bila terima surat aturan mesyuarat semalam kami hanya datang parlimen untuk dengar doraemon-doraemon bercakap. Saya sedang fikir sesuatu…,” ciapnya.

Speaker Parlimen Azhar Azizan Harun berkata sesi penuh persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 6 September 2021.

Namun sidang parlimen yang telah diumumkan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos itu adalah persidangan khas Dewan Rakyat.