Penyanyi senior, Datuk Aishah Ariffin seperti ‘jauh hati’ untuk menyertai lagi mana-mana pertandingan nyanyian yang mempunyai konsep seperti Gegar Vaganza pada masa akan datang.
Aisyah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia sudah letih melayan sikap negatif sesetengah netizen di media sosial.
Disebabkan hal itu juga, dia memutuskan untuk menetapkan akaun Instagram miliknya di dalam mod privasi
“Ada pula yang kata, saya tak perlu masuk pertandingan lagi sebab sudah tua. Seolah-oleh menjadi tua ini satu dosa.
“Ia menunjukkan kita ini seperti tiada hormat lagi kepada orang yang lebih berusia. Ada yang kata saya sudah berkedut. Mereka ingat kulit mereka akan sentiasa tegang ke?
“Jadi, nak melawan satu-satu komen ni buat stres sahaja. Bila keadaan itu toksik, saya akan elak. Sebab itu Instagram saya kini dalam mod privasi. Saya malas nak melayan.
“Bila bercakap lemah lembut, orang kata saya buat-buat manja. Bila suara agak keras, kata pula saya sombong,” katanya memetik Media Hiburan.
Aishah berkata, dia kini mahu berehat dan hanya akan memenuhi jemputan persembahan.
“Saya tak rasa yang saya akan masuk lagi pertandingan seperti itu. Sekarang ini saya hanya nak berehat dan perbanyakkan ibadah,” ujarnya.
Baca juga: Siap ambil gambar lelaki tayang kemaluan, wanita bengang polis tak ambil tindakan