Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Datuk Ramly Mokni harus jadi contoh buat usahawan Muslim, kata Mujahid

Datuk Ramly Mokni harus jadi contoh buat usahawan Muslim, kata Mujahid

Oleh MALAYSIA DATELINE. Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHMay 26, 2019 11:30 am




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, usahawan Muslim harus mencontohi Datuk Ramly Mokni, pengasas industri pembuatan produk makanan Kumpulan Ramly, yang bukan sahaja membina empayar perniagaan yang berjaya tetapi juga menyumbang kepada Islam dan umatnya.

“Datuk Ramly merupakan seorang usahawan Melayu Islam telah berjaya menempa nama melalui Ramli Burger. Beliau kini sedang menanti bermulanya operasi kilang baharunya di Pulau Indah dan meningkatkan lagi modalnya kepada RM2 bilion.

“Hari ini beliau bukan sahaja dianggap ahli perniagaan yang berjaya tetapi juga salah seorang daripada umat Islam yang menjadi ikonik di negara ini,” kata Dr Mujahid dalam sidang medianya selepas majlis sumbangan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kumpulan Ramly di Masjid Saidina Hamzah petang semalam.

Kata Dr Mujahid, pihaknya tumpang gembira dengan kejayaan Datuk Ramly kerana Jakim yang mengeluarkan pensijilan Halal mendapati Kumpulan Ramli telah mematuhi semua standard.

Katanya lagi, usahawan-usahawan yang ingin berjaya perlu melihat bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Ramly dari awal, jatuh bangunnya sehingga kepada kejayaannya pada hari ini untuk dijadikan contoh.

“Kita mendoakan, melalui kebajikan yang telah dilakukan oleh Ramly Burger seperti membantu anak-anak yatim dan asnaf pada hari ini agar Ramly Burger terus berkembang,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, Mujahid, diiringi oleh Ramly, menyampaikan sumbangan kepada hampir 500 anak yatim dan asnaf sekitar kawasan Parlimen Batu dan majlis itu turut dihadir Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Ini adalah tahun ketujuh Kumpulan Ramly melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui pemberian bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama anak yatim dan golongan asnaf.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production