Malaysia Dateline

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Rakyat

Sepertimana pertembungan yang berlaku dalam pilihan raya di United Kingdon, tiga kelompok besar – Konservatif, Parti Buruh, dan Liberal Democrat, pilihan raya ke15 (PRU-15) Malaysia juga bakal menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PB).

Kesemua parti ini telah membariskan calon dan telah memulakan gerak-kerja masing-masing. Namun, BN kelihatan membariskan ramai muka baharu.

Beberapa “giant killer” digugurkan. Mereka dilihat merupakan tokoh ancaman yang kritis terhadap Presiden Umno dan pasukannya yang terdiri dari kalangan pasukan kleptokrat atau pasukan kluster-mahkamah.

Namun, siapakah bakal menerajui negara sebagai Perdana Menteri? Ini merupakan persoalan penting dalam memberikan tawaran sebagai sebuah pasukan pemerintahan yang adil, berintegriti dan menawarkan pula sebuah kerajaan pilihan rakyat dengan tatakelola yang terbaik.

Umno/BN melalui kenyataan Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi yang bakal bertanding di Parlimen Gerik, Perak; dalam satu wawancaranya menyatakan bahawa sebuah negara tanpa rasuah adalah satu petanda kiamat akan berlaku.

Kenyataan beliau ini pentafsirannya menggambarkan kiamat akan berlaku paling segera atau paling awal buat masa ini di Denmark, New Zealand dan Finland kerana kedudukan rasuah yang menghampiri sifar di negara berkenaan.

Inilah agaknya tafsiran dari fatwa Ketua Pemuda Umno. Maka Umno/BN sesungguhnya tidaklah berhasrat untuk membina kerajaan dan negara dengan tatakelola baik, berintegriti, amanah dan adil, baik siapapun bakal Perdana Menteri yang akan mereka nobatkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah sosok yang boleh mentadbir dengan dengan adil, berintegriti dan menawarkan pentadbiran dengan tatakelola baik (good governance) dengan mempertahankan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan.

Figura yang pernah bergelar Menteri Kewangan terbaik Asia pada tahun 1996, telah teruji dan pernah terpenjara kerana menentang amalan rasuah, kronisme, ketidakadilan dan nepostime.

Beliau merupakan satu-satunya calon Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia pada PRU15 ini.

Pada tahun 1993, DSAI pernah telah diangkat Euromenye sebagai empat Menteri Kewangan terbaik dunia. Mahathir sendiri ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan tidak pernah diangkat atau dinobat sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia.

DSAI melalui proses latihan dan pengalaman kepimpinan yang sangat panjang. Ketika zaman mahasiswanya beliau merupakan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia (PBMUM), mantan presiden kedua Majlis Belia Malaysia, jawatankuasa pro-tem Angkatan Belia Islam Malaysia (dan pernah dipilih sebagai Presiden ABIM).

Pada tahun 1974, buat pertama kalinya DSAI ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menggerakkan demonstrasi besar-besaran memprotes kemiskinan tegar luar bandar dan kelaparan.

Pada ketika harga getah yang sangat murah, penoreh hidup dengan penoh kedaifan, melarat dan kelaparan.

Beliau kemudian meringkok selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting. Di antara tahun 1975 hingga 1982, DSAI merupakan wakil Asia Pasifik ke World Assembly of Muslim Youth (WAMY).

Beliau menyertai Umno pada tahun 1982 dan menaiki tangga dari Timbalan Menteri sehinggalah akhirnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sehingga tahun 1998.

Keresahan Mahathir dengan kemaraan sosok hebat yang sarat idea yang tuntas, kecintaan kepada rakyat, keperihatinan terhadap susah derita rakyat, pemikiran ke hadapan dalam dasar ekonomi dan pelunjuran fiskal kewangan yang mendorong kemajuan dan peluang pekerjaan merisaukan Mahathir.

Mahathir takut kehilangan sengatnya yang berbisa, hingga membina persepsi buruk dan berakhir dengan lemparan fitnah jijik untuk menyahkan DSAI dari persada politik dan dari mengambil alih kepimpinan negara.

Hingga kini dendam kesumat kecemburuan Mahathir terhadap sosok ikhlas, amanah dan jujur ini masih menghantui benak-hati Mahathir. Inilah dia Anwar Ibrahim yang akan mencetus perubahan, pejuang masyarakat madani yang penuh dan dihormati dalam dan luar negara.

DSAI tidak sama sekali menggadaikan agama kerana peranannya dalam gerakan Islam antarabangsa Islam sejak zaman mudanya tidak dapat dinafikan.

Beliau dihormati oleh tokoh gerakan Islam seperti Sheikh Yusoff Qardhawi, Muhammad AlGhazali, Siraj ul Haq (Ameer Jamaati Islami Pakistan), Dr Ahmad Totonji, Recep Tayyib Erdogan (Presiden Turki), Necmettin Erbakan (Almarhum dan mantan President Millî Selâmet Partisi, Turkey) dan ramai lagi yang mengenali DSAI sebagai penggerak pemuda Islam dan tokoh Islah (reform) pada dekad ini.

Sewaktu berkhidmat sebagai Menteri Pelajaran, DSAI pernah ditugaskan sebagai Presiden ke 25 Persidangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) .

Mantan Menteri Undang-undang Dato Zaid Ibrahim dalam satu kenyataan yang dipetik oleh South China Morning Post pada April 2015 menyatakan : “…Anwar is an Islamist who “help Islamicise the whole government systems’ and played a major role in Islamization of the education system when he was Education Mininters in the late 1980s…”. Begitulah DSAI yang sosok hebatnya diangkat oleh rakan dan seteru politiknya.

Dalam PRU15 kali ini, DSAI bersama rakan-rakan PH menawarkan satu tawaran realistik yang hebat, iaini sebuah negara yang berjaya dimasa hadapan, bersih dari rasuah dan kecacatan disebabkan kronisma, neponisma dan kleptokrasi, menjuarai pembinaan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, memantapkan kembali ekonomi negara pasca COVID-19, membina sebuah sistem pemerintah yang lebih adil dan terbaik.

Beliau tidak bersendirian dalam merealisaikan harapan rakyat Malaysia. DSAI disokong dan didokong oleh figura-figura yang pernah berpengalaman sebagai ahli politik dan pentadbiran kerajaan.

Dukungan mantan menteri kabinet dari AMANAH seperti Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sarat dengan idea ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Mujahid Yusoff Rawa yang telah mengangkat semula Tabung Haji kepada fungsi hakikinya setelah banyak palitan pemerintahan terdahulu dengan penyalahgunaan kuasa dan tidak ketinggalan sosok penting reformasi seperti Tuan Haji Mohammad Sabu yang telah bertungkus lumus menyediakan kertas putih Pertahanan yang menyebabkan juga terbongkarnya isu dan skandal Kapal Tempor Pesisir (Littoral Combat Ship) yang masih belum selesai.

Sosok seperti Hannah Yeoh Tseow Suan, graduan Universiti Tasmania dalam bidang undang-undang dan pernah berganding dengan Datuk Seri Wan Azizah di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tokoh ini merupakan tokoh wanita muda yang sangat bertenaga dengan idea dan pendekatan baharu yang benas. Saudara Gobind Singh, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sangat tinggi integritinya.

Walaupun beliau sebagai menteri komunikasi yang menguasai TV dan radio, Gobind tidak pernah menggunakan media di bawah pentadbirannya untuk melakukan promosi diri dan propaganda kosong.

Ini berlainan sekali dengan pentadbiran menteri Umno/BN dan Bersatu/PN di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, yang habis-bahisan menggunakan jentera kementerian untuk propaganda untuk meracuni pemikiran rakyat.

Begitu juga tokoh muda seperti Tsim Tze Tsin, Teo Nie Ching, Young Sefura Othman, Adam Adli, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan Mohd Hasbie Muda (Ketua Pemuda AMANAH).

Mereka ini dan ramai lagi boleh membantu DSAI dalam menerajui negara dibarisan hadapan dan didalam parlimen. Sesungguhnya PH tidak ketandusan tokoh dan pimpinan.

Kecerdikan dan kebijakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penguasaan bahasa kebangsaan yang baik Saudara Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP juga sangat penting terutama dengan sumbangan terbaiknya ketika menjawat Menteri Pengankutan.

Anthony tokoh rakyat yang pintar dan selesa bersama sesiapa sahaja, tanpa mengira kaum sama ada China, Melayu, India, Iban atau Kadazan. Bagi beliau semuanya adalah masyarakat Malaysia dan wajib disantuni dengan baik dan seadilnya.

Pemikir tegas yang sarat dengan fakta dan maklumat seperti saudara Rafizi seharusnya menjadi pemangkin dan tangan kanan (right hand man) kepada kerajaan yang baik lagi berintegriti.

Dukungan beliau kepada DSAI amat penting bagi mempertahankan sebuah kerajaan yang berintegriti dan berwawasan. Kejayaan Datuk Saifuddin Nasution dengan pengalaman pentadbirannya yang boleh dikira ‘par ercellence’ di Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan aset besar pentadbiran baharu nanti.

Sekadar menyebut beberapa nama tokoh, PH memiliki ramai lagi tokoh rakyat dan tokoh reformasi yang boleh diketengahkan oleh pentadbiran Perdana Menteri ke-10 negara Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Ramai tokoh akademik seperti Prof Ahmad Termizi (AMANAH – Kuala Kangsar), tokoh rakyat seperti Mahfuz Omar, tokoh muda berwibawa seperti Nik Nazmi, tokoh wanita kental dan agresif Puan Fuziah Salleh mantan Timbalan Menteri Agama, Yeo Bee Yin, Syahredzan Johan yang bertanding pertama kali di Parlimen Bangi merupakan pahlawan kanan DSAI yang akan mencorak Malaysia yang ADIL, BERINTEGRITI dan dengan tawaran TATAKELOLA BAIK untuk rakyat Malaysia.

Kita doakan kejayaan menerobos tembok kemungkaran dan kebobrokan Umno/BN selama lebih 60 tahun di tampuk kekuasaan, menumpaskan pengkhianat rakyat dalam kalangan PN dan konco-konconya.

Pilihan raya inilah peluang bagi kita membebaskan negara dari cengkaman politik perkauman dan bermodalkan agama untuk berkuasa.

PRU15 adalah untuk kita membina kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat dan menenangkan keresahan rakyat dengan kemelut ekonomi, kemiskinan dan perpecahan kaum yang dibina oleh Umno/BN sejak merdeka.

Anak muda dan semua lapisan rakyat marilah kita pastikan tumbangnya Umno/BN, penghianat dan penunggang agama.

Marilah kita nobatkan kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, tokoh yang telah terbukti dan teruji, pemangkin keadilan dan kesejateraan, membersihkan negara dari kronisme, nepotisme dan kleptokrasi.

Kita mahu pastikan kerajaan baharu nanti menyinari negara dengan tatakelola baik (good governance), sifar rasuah dan membina negara dengan ekonominya yang terbilang untuk rakyat dan demi rakyat.

*Penulis merupakan Fellow Islamic Academy of Science, yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pendapat dan pandangan penulis dan bukan menggambarkan pendirian akademi.

Baca juga Pertahankan Kuala Selangor, Dr Dzul teruskan tradisi memperhambakan diri, menyantuni dan membela rakyat

Baca juga Tak pertimbang nama calon yang diberikan, Shahidan gesa Ahmad Zahid lepaskan jawatan