Insiden Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Picture (MIG) Datuk David Teo ditampar pelawak Sulaiman Yassin dalam sesi ‘Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi menjadi tular di media sosial.
Walaupun kekecohan kecil yang dicetuskan di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sesuatu yang di luar jangkaan, namun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Mat Over menyatakan ia hanya sebagai gimik.
“Insiden yang berlaku tadi hanya gimik. Ia sebahagian daripada program har ini,” ujarnya sambil ketawa ketika ditanya wartawan.
Bagaimanapun reaksi balas Teo insiden itu bukanlah gimik seperti didakwa Mat Over yang bertindak menamparnya itu sebagai lakonan semata-mata.
“Saya tidak diberikan peluang bercakap dengan PM. Saya juga tidak tahu ia hanya gimik. Saya juga tidak mengenalinya secara peribadi,” ujar Teo kepada wartawan selepas insiden berlaku.
Ketika berlakunya insiden David ditampar Mat Over, pelakon Datuk Rosyam Noor yang menjadi moderator cuba mengawal keadaan perdana menteri di atas pentas sambil mengatakan:”dia itu memang kurang ajar daripada dulu” kata Rosyam kepada Najib.
Namun insiden yang disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di Facebook Najib itu, mendapat kritikan netizen.
Seperti komen netizen, Muhd Iqbal Asyran: “So jalan mudah tumbuk? Kata seni. Mana pergi budi bicara? Hanya satu orang gila orang lain pun kena jadi gila?Potong orang tengah berpantun itu lebih biadap.”
Mohamad Aiyat Ramli: “Aku rasa macam lakonan jah, ke real? sebab yang terlibat tu semua pelakon.” ujarnya.
Manakala Norkasmara Sukarno:”kalau saya ada sana bukan setakat penumbuk, terajang pun saya bagi. David sudah diberi teguran dan nasihat oleh Rosyam. tengok la berapa lama dia provok dan masih berdegil. itu makan dia..” ujarnya dalam nada berang.
Turut tidak ketinggalan memberikan komen menerusi twitter di kalangan blogger, pemerhti politik dan pemimpin politik.
Antaranya Raja Petra Kamaruddin menerusi tweet berkata:”Cina kurang ajar.”
Manakala Datuk Zulkifli Noordin:”Tindakan Mat Over bagi penampar sulong ke David Teo bukan soal perkauman.Bukan kerana Teo Cina,Mat Over Melayu! Tetapi kerana kebiadapan dan kurang ajar.” ujarnya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng juga tweet kepada PDRM dan Najib:”ambil tindakan [email protected] boleh jadi saksi utama @[email protected]
Bagaimanapun pelawak dan penerbit filem itu telah berdamai di hadapan Najib selepas tamat sesi TN50 malam tadi.
Teo turut dilaporkan tidak akan mengambl tindakan undang-undang terhadap Mat Over di atas insiden berlaku. Manakala Mat Over merasakant tindakannya menampar Teo tidak keterlaluan sekadar untuk megajarnya adab di hadapan pemimpin dan tuan rumah.
Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Najib, Rosyam dan hadirin yang diadakan di Seri Perdana malam tadi.
Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.
Rosyam cuba menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri. Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan pengarah filem itu mula berpantun.
Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo.
Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.
Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin.
Kira-kira 400 orang hadir membabitkan pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan.