DBKL arah loji simen ditutup hingga patuhi peraturan

DBKL arah loji simen ditutup hingga patuhi peraturan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan beberapa kilang pengusaha loji pembancuh simen di jalan Chan Siow Lin ditutup sehingga mematuhi peraturan operasi yang ditetapkan oleh penguatkuasa tempatan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, bagi memastikan operasi berjalan lancar DBKL telah mengeluarkan garis panduan untuk dipatuhi pengusaha-pengusaha loji tersebut.

“Beberapa aduan telah dilakukan oleh pendiduk sekitar kawasan tersebut, dan DBKL telah melawat kawasan tersebut dan garis panduan seperti kebersihan tapak kawasan perlu dijaga,”

“Ada juga loji yang masih dalam pertimbangan untuk operasi mereka dan pihak kami ada mengeluarkan surat amaran kepada pengusaha yang tidak mematuhi syarat operasi yang ditetapkan,” ujarnya dalam sidang media di Menara DBKL hari ini.

Menurutnya, DBKL akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa kerana kebersihan di sekitar kawasan tersebut haruslah diutamakan.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0