Malaysia Dateline

DBKL lulus Himpunan Solidariti Kedamaian Sabtu ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian, Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan kebenaran tersebut memetik laporan Malaysiakini.

“(Penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian) diluluskan,” kata Nor Hisham.

Mengikut perancangan, perhimpunan tersebut akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Perarakan sempena tragedi serangan ganas di dua masjid di New Zealand minggu lalu mendapat sokongan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Pihak pembangkang juga diundang dalam program yang menjadi tanda solidariti Malaysia menolak fahaman kebencian itu.