DBKL musnahkan pusat pelacuran di KL

DBKL musnahkan pusat pelacuran di KL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kerjasama empat agensi kerajaan berjaya memusnahkan pusat pelacuran di Kuala Lumpur dalam satu Operasi Tindakan Khas Premis.

Operasi khas dijalankan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Lebuh Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun H.S. Lee dan Jalan Hang Kasturi pada 20 Julai lalu.

Penguatkuasa DBKL memotong pintu premis ketika operasi

Kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijalankan berikutan susulan laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Tindakan memecahkan lebih dari 60 buah bilik yang dijadikan tempat aktiviti pelacuran

Operasi khas ini melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas enam buah premis berkaitan aktiviti perniagaan dan pelacuran melibatkan warga asing, papan tanda iklan tanpa kebenaran serta kesalahan pembinaan struktur atau sekatan tanpa kebenaran.

Tindakan menutup premis pelacuran telah di buat ke atas empat buah premis dan memecahkan lebih dari 60 buah bilik yang dijadikan tempat aktiviti pelacuran di kalangan warga asing yang hadir ke Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) terutamanya di pada setiap hujung minggu ataupun cuti umum.

PDRM menampal notis sita di premis berkaitan aktiviti perniagaan dan pelacuran

Tindakan penguatkuasaan juga melibatkan 35 sitaan pelbagai barangan aktiviti pelacuran seperti laptop, kondom, monitor CCTV, CPU, television, DVD player dan lain-lain peralatan serta tindakan pengeluaran dua notis kompauan (premis tanpa lesen / iklan tanpa kebenaran ) oleh DBKL.

Kesemua barangan yang di sita dihantar ke Setor Sitaan DBKL untuk di dokumentasikan.

Manakala lima tangkapan terhadap warga asing tiada pengenalan diri oleh agensi sahabat PDRM, 2 tangkapan salah guna permit kerja oleh JIM dan 7 notis kompaun anti pencatutan oleh KPDNHEP.

Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 mengikut bidang kuasa dan S.O.P DBKL serta di bawah lain-lain kesalahan agensi sahabat yang terlibat.

Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari masa ke semasa bersama dengan agensi sahabat.