DBKL papar 300 infografik hukum dan fatwa dipuji Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik usaha dilakukan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memaparkan lebih 300 buah infografik di bangunan tersebut sebagai panduan umat Islam.

Datuk  Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri har ini mengucapkan penghargaan kepada Menteri Wilayah Khalid Samat atas sokongan memaparkan infografik pelbagai huku dan fatwa khusus di Wilayah Persekutuan.

“Sekalung penghargaan kepada YB Khalid Samad, Menteri Wilayah atas sokongan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas keizinan memaparkan Infografik Pelbagai Hukum & Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan di Menara DBKL, Jalan Raja Laut.

“Lebih 300 buah infografik akan dimuatnaik setiap hari untuk manfaat umat Islam di WP Kuala Lumpur,” ujarnya dalam kenyataan ringkas di laman facebooknya hari ini.