Malaysia Dateline

DBKL pasang penyaman udara di Bazar Ramadhan Jalan Raja

Bagi memastikan keselesaan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Jalan Raja, DBKL akan mula memasang sejumlah 36 unit penghawa dingin di khemah peniaga Bazar Ramadhan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 24 unit penghawa dingin dipasang di khemah fasa 1 bermula tengahari ini, manakala baki 12 unit akan dipasang di khemah fasa 2 bermula esok pagi.

Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada semua pihak ketika berurusan di Bazar Ramadhan di kawasan Dataran Merdeka.

Jangan ketinggalan mengunjungi Bazar Ramadhan Dataran Merdeka.

Sebelum ini media melaporkan kawasan persekitaran tapak Bazar Ramadhan Jalan Raja itu dibanjiri ekoran hujan lebat yang berlaku pada Selasa mengakibatkan tapak bazar digenangi air.

Menteri Wilayah Persekutuan Khaiid Samad berkata terdapat dua masalah yang dikenalpasti iaitu isu takungan air ketika hujan lebat dan sistem pengudaraan.

Bagaimanapun masalah takungan air itu dapat diatasi dala mtempoh 20 minit oleh Pasukan Petugas Khas untuk menyusun atur semula water barrier yang diletakkan di tepi laluan Datan Merdeka dan kabel-kabel punca kuasa yang menghalang duang aliran air di kawasan Dataran Merdeka.